Sunday 8 December 2013

Perkongsian~ Renungan Bersama..



Rasulullah s.a.w bersabda :
            “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan Murka Allah bergantung pada murka dua ibu bapa.”
                                    Hadis Riwayat al-Hakim...

Sayangi Emak, Sayangi Ayah..  Bagi yang sudah tidak ada ayah, bagi yang sudah tiada ibu.. carilah satu amalan yang membolehkan ibu & ayah kita dapat pahala dalam kubur... Tolonglah!!! carikan amalan yang pos pahala dalam kubur untuk mak dan ayah kita  ... dan tolong jangan buat maksiat... kesian arwah mak kita, kesian arwah bapa kita lau kita kekalkan maksiat , kalau kita kekalkan pergaduhan sesama keluarga, pertikaian sesama keluarga, terseksa tuan-tuan mereka dalam kubur.. Maka mari kita ambik ikhtibar kalau kita dah mati ayah, dah mati ibu.. cari jalan macam mana nak dapat pahala untuk mereka, nak pos pahala untuk mereka dan yang kedua tolonglah eratkan silaturahim jangan berpecah belah, kesian mak bapa kita yang berada dalam kubur.  saya pesan pada tuan-tuan yang masih ada mak layanlah mak elok-elok , dia sakit bela dia elok-elok, dia duduk dengan kita bela elok-elok .. jangan sia-siakan mak kita, jangan lalai alpa kan mak kita bila mak kita mati bila mak kita jadi macam ini, tiada siapa lagi, tiada guna apa lagi tuan-tuan.  Jadi tuan-tuan yang mana masih ada lagi ibu, yang mana masih lagi ada ayah. Tolonglah layan elok-elok, tolong hormat elok-elok, tolong bela elok-elok, jangan maki, jangan marah, jangan hembur perkataan kasar pada mereka, mak panggil datang, mak lambat pun sabar, mak marah pun sabar, mak seolah-olah kasih pada anak yang lain tak kasih pada kita pun sabar. Itu mak kita, jangan terasa langsung hati dengan mak, jangan kata “Mak tak adil, Mak kasih orang lain, “ Mak sayang kakak!! Mak sayang adik, Mak tak sayang saya. Jangan anggap macam itu, anggap mak kita sentiasa perfect, mak kita sentiasa betul, bapa kita sentiasa betul, sentiasa betul.. *
             
Copy/paste from Th Filem Original..*



Sunday 10 November 2013

Tahniah...!!!

Tahniah K.Han...*
Sedar tidak sedar cepat sungguh masa berlalu.. hari nie 10/11/2013 merupakan hari yang paling bermakna buat diriku kerana pertama kali dapat meghadari majlis konvokesyen akak senior.. tahniah yea k.han kerana berjaya menamatkan pengajian, gembira rasa di hati kerana dapat jadi tetamu jemputan.. terharu pun ada juga tatkala melihat akak2 dan abang2 senior mendapat segulung ijazah.. tiba-tiba air mutiara jernih ku mengalir dan terdetik di hati bilalah pula tiba giliran buat diriku ini.. Ya Allah.. permudahkanlah urusan ku ini.. perkenankanlah doaku Ya Allah untuk membahagiakan ayah dan ibuku.. buat Mak dan Ayah... maaf dari diri ini kerana tidak bisa menjadi anak yang terbaik, Insyaallah akan kak cuba berusaha untuk menjadi yang terbaik.. sentiasa mendoakan kejayaan diri ini supaya berjaya di dunia & di akhirat.. *



Wednesday 23 October 2013

Siapa Kita Untuk MengHukuM???



*..lama ana x update blog... Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan oleh-Nya untuk ana berkongsi ilmu... Insyaallah, bersama-sama kita ambil manfaat dari perkongsiaan ilmu ini... tiada yang sempurna.. Melainkan Allah s.w.t, pencipta kita... Allahu’akhbar... ^_^

Aku adalah aku dan bukan dia ataupun mereka. Aku dengan segala kelebihan dan kekuranganku menjadikan diri ini berbeza dari mereka. Perbezaan bukanlah sesuatu yang patut dipersalahkan, ini kerana perbezaan di kalangan kita adalah hakikat dan sudah pasti wujud. Dengan menyedari bahawa perbezaan itu adalah realiti kehidupan maka tidak perlulah kita sibuk memikirkan, sibuk mencela, dan sibuk mengorek-ngorek kekurangan orang lain......***

Siapa Kita Untuk Menghukum???

OLEH: TUAN HAJI ABANG SHIBLI BIN HAJI ABANG MOHD NAILIE.

Tiada yang akan menang jika kita masih melihat sifat-sifat buruk orang lain, mencela orang lain dan merasa bangga bahawa diri saja yang benar. Sedarlah kawan, kita juga mempunyai kekurangan dan sifat yang dibenci oleh orang lain. Kita hanya mampu berusaha untuk menjadi lebih baik dan hakikatnya tidak seorang pun manusia dapat menjadi sempurna. Belajarlah untuk melebarkan ruang maaf dalam hati ini. Belajarlah juga untuk menerima maaf seorang teman dan juga sebaliknya belajarlah memohon kemaafan kepada orang lain yang pernah kita sakiti. Apabila kita dapat dengan tulus ikhlas mengucapkan kata maaf itu ertinya kita telah sedar bahawa dalam diri ini masih terdapat banyak kekurangan. Di sebaliknya, apabila kita dapat tulus ikhlas menerima maaf daripada orang lain, bererti kita dapat memahami kekurangan yang di miliki orang lain. Rendahkan egomu kawan. Berilah ruang kepada orang lain untuk membuat apa yang terbaik bagi kita semua..*

PERBAIKI DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU....???

Semua kita tentu masih ingat tentang peringatan keselamatan sebelum kapal terbang berlepas. Antaranya yang berbunyi : “Jika tekanan udara turun, bertindak segera untuk menggunakan topeng oksigen. Jika ingin hendak membantu orang lain, anda hendak terlebih dahulu menggunakan topeng oksigen itu.”

            Oleh itu, sebelum kita hendak membicara atau memperbaiki kelemahan orang lain, sebaiknya kita terlebih dahulu memperbaiki kelemahan diri kita sendiri. Mengikut analogi di atas, jika kita mendahulukan orang lain menggunakan topeng oksigen, maka kita sendiri akan berada dalam keadaan merbahaya dan bagaimana hendak menolong orang lain..??? Justeru, perbaikilah diri dahulu dengan segala perintah dan ajaran dalam islam. Sebagai manusia yang beriman kepada Allah s.w.t, maka kita semua pasti yakin terhadap pahala, dosa, syurga dan neraka.

Kita semua juga tahu bahawa kelak pasti kita akan meninggalkan dunia ini. Apa yang kita bawa ke alam selepas mati nanti hanyalah amalan kita dibumi ini samaada yang baik mahupun yang buruk. Persoalannya, pernahkah kita risau terhadap diri kita sendiri...???

            Jika kita amati, pada zaman sekarang ini terlalu ramai daripada kalangan masyarakat yang terlalu sibuk menyemak memuhasabah dan menilai amalan orang lain berbanding dirinya sendiri. Bukankah kita nanti akan juga meninggalkan dunia ini seperti yang lain....???
Selain itu, ada juga yang suka mencari keaiban saudara seislamnya dengan beralasankan agama iaitu mencegah kemungkaran kononnya kata mereka. Ada juga yang menjadikan agama sebagai alat untuk menilai dan mengukur diri orang lain. 

            Sebenarnya, agama mengajar kita untuk mencegah kemungkaran dengan hikmah dan bukan main hentam sembarangan.

Apa yang dapat kita lihat pada zaman sekarang adalah orang yang gemar menilai amalan orang lain dan merasakan dirinya telah cukup baik dan mempunyai amal ibadah yang banyak. Sedangkan dia tidak tahu bahawa segala amal solehnya itu terbakar begitu sahaja kerana sikapnya yang sibuk memburuk dan menyalahi sesama manusia.

            Kita adalah mahkluk yang lemah, akal kita amat terhad. Apa yang ada dalam hati manusia lain kita tidak pernah tahu, sebab itu kita tidak dibenarkan menghukum orang lain dengan apa yang kita lihat. Kadang-kadang buruk didepan mata, tetapi niatnya baik. Sama-samalah kita bersangka baik. Apa yang tidak jelas bertanyalah terus kepada tuan empunya badan, elakkan sangka menyangka kerana sifat yang demikian akan membesarkan lagi masalah dan boleh merenggankan ukhwah yang terbina selama ini. 

Perkongsian tentang kisah seorang guru yang ingin menguji dua orang anak muridnya. Beliau telah mengarah kedua-dua muridnya untuk mengembara dan saling mengawasi antara satu sama lain. Tujuan guru itu berbuat demikian adalah untuk mengetahui siapakah muridnya yang paling sedikit membuat kesalahan.

Pada akhir pengembaraan, guru itu telah memanggil kedua-dua muridnya dan memberi mereka kesempatan untuk menyenaraikan kesalahan temannya. Murid pertama telah menceritakan keseluruhan kesalahan temannya. Jumlahnya banyak sekali. Apabila tiba giliran murid kedua pula, beliau terus berkata : “Guru, teman saya ini melakukan kesalahan yang sama banyaknya dengan saya ini Namun, mengingatkan terlalu banyaknya kesalahan yang sudah saya lakukan, saya tidak mempunyai masa untuk menceritakan kesalahan teman saya. Sekarang saya memohon diri untuk memperbaiki diri yang lemah ini.! Beliau terus beredar. 

Setelah melihat apa yang berlaku itu, guru tersebut terus memberi hadiah berupa wang kepada murid yang pertama sesuai dengan yang dijanjikannya. Kepada murid kedua pula, guru itu berjanji dalam dirinya untuk memberi sokongan dan bantuan kepada murid tersebut untuk memperbaiki dirinya. Ikhtibar daripada kisah ini mengingatkan kita bahawa orang yang lebih bermaruah hanya berlaku bagi orang yang menyedari kelemahan dirinya sendiri dan bukan mereka yang sibuk dengan kesalahan dan kelemahan orang lain. Justeru, perbaikilah diri sendiri dahulu daripada kita sibuk tentang kelemahan orang lain.

SIAPA KITA HENDAK MENGHUKUM...????

Kerja menilai amal orang lain adalah kerja Allah s.w.t Tuhan Yang Maha Agung. Kita sebagai manusia perlulah risau tentang diri kita dan orang dibawah tanggungjawab kita dahulu. Selalulah dengan melihat kebaikan orang lain dan dapat berusaha melihat keburukan diri sendiri agar dapat diperbaiki.

Sejahat manapun anggapan seorang insan terhadap insan yang lain jika Allah hendak mengurniakan hidayah dengan sekelip mata dia boleh berubah. Mungkin “dia” boleh berubah dengan lebih baik dari “orang” yang menganggapnya jahat. Siapa kita hendak menghukum insan yang lain dengan mengatakan dia baik ataupun jahat. Kita sebagai insan yang dhaif pun belum tentu baik ataupun betul.

Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui. Siapa pun kita, selagi kita bergelar manusia, takkan ada manusia yang tidak berbuat kesilapan. Kemahuan diri sendiri untuk berubah itu yang perlu, kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang insan selagi insan itu sendiri tidak mahu mengubahnya.

Ingatlah bahawa kita hidup bukan kerana pujian dan tak mati dek kerana keji. Dengan izin Allah jika semuanya berlaku bukan pujian dan kejian jadi penentu. Lakulah sesuatu semata-mata kerana Allah, maka jangan khuatir dengan keikhlasan perlakuan tersebut. Di sana-sini, cubaan untuk menjadikan manusia riyak, takbur dan ujub dalam diri sentiasa ada. Maka pendinding kepada cubaan-cubaan tersebut ialah dengan sentiasa beristighfar dan memohon keampunan Allah.

Wallahu’alam Bissawab... *

Tuesday 25 June 2013

Restumu Ibu Dan Ayah



Album : Jalan Sehala
Munsyid : Saujana & Bowseeheart
http://liriknasyid.com

Doa Untuk Ibu & Bapa

Oh ayah... Oh ibu...
Ayah ibu ku pohon restumu untukku,
Ayah ibu engkaulah permata hatiku,
Ayah ibu ku sembahkan laguku untukmu,
Ayah ibu hanya dikau penyeri hidupku...

Restumu ibu dan ayah
Cahaya kehidupan cinta dan belai kasihmu...
Bersemi di taman hati..
Restumu ibu dan ayah...
Azimat perjuangan mencari impian cita
Keluarga bahagia....

Sakita bersama
Hilanglah segala duka lara
Bicara kata pengubat rindu

Jasa baktimu semai di kalbu
Moga kau bahgia selamanya
Dengan kurniaan maha Esa
Terima kasih permata hati
Restumu tetap bersama, ke akhirnya....

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Kasih sayang ibu
Mekar mewangi suci abadi
titis pengorbananmu oh ayah tak terbalas
Tak terduga

Moga kau bahgia selamanya
Dengan kurniaan maha Esa
Terima kasih permata hati
Restumu tetap bersama, ke akhirnya.....

Puisi.. Ps : Utk Nasihat Diri Sendiri :)



•.♥• Andai dalam hatimu ada TAMAN...
•.♥• Semailah ia dengan benih-benih IMAN...
•.♥• Bajai ia dengan amal maaruf yang BERKEKALAN...
•.♥• Siramilah ia dengan istiqomah yang BERTERUSAN...
•.♥• Supaya bercambah mekar bunga-bunga KETAQWAAN...
•.♥• Lindungi ia dari parasit nafsu yang MENYESATKAN...
•.♥• Lalu disuburkan lagi dengan tawakal dan KESABARAN...
•.♥• Sehingga tegap merimbun berbekal haruman KEREDHAAN...
•.♥• Melalui cahaya cinta Ilahi & rahmat kasih sayang AR-RAHMAN...
•.♥• Agar ia terus hidup, tidakkan tandus sepanjang KEHIDUPAN..