*..lama
ana x update blog... Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan oleh-Nya untuk ana
berkongsi ilmu... Insyaallah, bersama-sama kita ambil manfaat dari perkongsiaan
ilmu ini... tiada yang sempurna.. Melainkan Allah s.w.t, pencipta kita...
Allahu’akhbar... ^_^
Aku adalah aku dan bukan dia ataupun mereka. Aku dengan
segala kelebihan dan kekuranganku menjadikan diri ini berbeza dari mereka.
Perbezaan bukanlah sesuatu yang patut dipersalahkan, ini kerana perbezaan di
kalangan kita adalah hakikat dan sudah pasti wujud. Dengan menyedari bahawa
perbezaan itu adalah realiti kehidupan maka tidak perlulah kita sibuk memikirkan,
sibuk mencela, dan sibuk mengorek-ngorek kekurangan orang lain......***
Siapa
Kita Untuk Menghukum???
OLEH:
TUAN HAJI ABANG SHIBLI BIN HAJI ABANG MOHD NAILIE.
Tiada yang akan menang
jika kita masih melihat sifat-sifat buruk orang lain, mencela orang lain dan
merasa bangga bahawa diri saja yang benar. Sedarlah kawan, kita juga mempunyai
kekurangan dan sifat yang dibenci oleh orang lain. Kita hanya mampu berusaha
untuk menjadi lebih baik dan hakikatnya tidak seorang pun manusia dapat menjadi
sempurna. Belajarlah untuk melebarkan ruang maaf dalam hati ini. Belajarlah
juga untuk menerima maaf seorang teman dan juga sebaliknya belajarlah memohon
kemaafan kepada orang lain yang pernah kita sakiti. Apabila kita dapat dengan
tulus ikhlas mengucapkan kata maaf itu ertinya kita telah sedar bahawa dalam
diri ini masih terdapat banyak kekurangan. Di sebaliknya, apabila kita dapat
tulus ikhlas menerima maaf daripada orang lain, bererti kita dapat memahami
kekurangan yang di miliki orang lain. Rendahkan egomu kawan. Berilah ruang
kepada orang lain untuk membuat apa yang terbaik bagi kita semua..*
PERBAIKI DIRI SENDIRI
TERLEBIH DAHULU....???
Semua kita tentu masih
ingat tentang peringatan keselamatan sebelum kapal terbang berlepas. Antaranya
yang berbunyi : “Jika tekanan udara turun, bertindak segera untuk menggunakan
topeng oksigen. Jika ingin hendak membantu orang lain, anda hendak terlebih
dahulu menggunakan topeng oksigen itu.”
Oleh itu, sebelum kita hendak membicara atau memperbaiki
kelemahan orang lain, sebaiknya kita terlebih dahulu memperbaiki kelemahan diri
kita sendiri. Mengikut analogi di atas, jika kita mendahulukan orang lain
menggunakan topeng oksigen, maka kita sendiri akan berada dalam keadaan
merbahaya dan bagaimana hendak menolong orang lain..??? Justeru, perbaikilah
diri dahulu dengan segala perintah dan ajaran dalam islam. Sebagai manusia yang
beriman kepada Allah s.w.t, maka kita semua pasti yakin terhadap pahala, dosa,
syurga dan neraka.
Kita semua juga tahu
bahawa kelak pasti kita akan meninggalkan dunia ini. Apa yang kita bawa ke alam
selepas mati nanti hanyalah amalan kita dibumi ini samaada yang baik mahupun yang
buruk. Persoalannya, pernahkah kita risau terhadap diri kita sendiri...???
Jika kita amati, pada zaman sekarang ini terlalu ramai
daripada kalangan masyarakat yang terlalu sibuk menyemak memuhasabah dan
menilai amalan orang lain berbanding dirinya sendiri. Bukankah kita nanti akan
juga meninggalkan dunia ini seperti yang lain....???
Selain itu, ada juga
yang suka mencari keaiban saudara seislamnya dengan beralasankan agama iaitu
mencegah kemungkaran kononnya kata mereka. Ada juga yang menjadikan agama
sebagai alat untuk menilai dan mengukur diri orang lain.
Sebenarnya, agama mengajar kita untuk mencegah
kemungkaran dengan hikmah dan bukan main hentam sembarangan.
Apa yang dapat kita
lihat pada zaman sekarang adalah orang yang gemar menilai amalan orang lain dan
merasakan dirinya telah cukup baik dan mempunyai amal ibadah yang banyak.
Sedangkan dia tidak tahu bahawa segala amal solehnya itu terbakar begitu sahaja
kerana sikapnya yang sibuk memburuk dan menyalahi sesama manusia.
Kita adalah mahkluk yang lemah, akal kita amat terhad.
Apa yang ada dalam hati manusia lain kita tidak pernah tahu, sebab itu kita
tidak dibenarkan menghukum orang lain dengan apa yang kita lihat. Kadang-kadang
buruk didepan mata, tetapi niatnya baik. Sama-samalah kita bersangka baik. Apa
yang tidak jelas bertanyalah terus kepada tuan empunya badan, elakkan sangka
menyangka kerana sifat yang demikian akan membesarkan lagi masalah dan boleh
merenggankan ukhwah yang terbina selama ini.
Perkongsian tentang
kisah seorang guru yang ingin menguji dua orang anak muridnya. Beliau telah
mengarah kedua-dua muridnya untuk mengembara dan saling mengawasi antara satu
sama lain. Tujuan guru itu berbuat demikian adalah untuk mengetahui siapakah
muridnya yang paling sedikit membuat kesalahan.
Pada akhir
pengembaraan, guru itu telah memanggil kedua-dua muridnya dan memberi mereka
kesempatan untuk menyenaraikan kesalahan temannya. Murid pertama telah
menceritakan keseluruhan kesalahan temannya. Jumlahnya banyak sekali. Apabila
tiba giliran murid kedua pula, beliau terus berkata : “Guru, teman saya ini
melakukan kesalahan yang sama banyaknya dengan saya ini Namun, mengingatkan terlalu
banyaknya kesalahan yang sudah saya lakukan, saya tidak mempunyai masa untuk menceritakan
kesalahan teman saya. Sekarang saya memohon diri untuk memperbaiki diri yang
lemah ini.! Beliau terus beredar.
Setelah melihat apa
yang berlaku itu, guru tersebut terus memberi hadiah berupa wang kepada murid
yang pertama sesuai dengan yang dijanjikannya. Kepada murid kedua pula, guru
itu berjanji dalam dirinya untuk memberi sokongan dan bantuan kepada murid
tersebut untuk memperbaiki dirinya. Ikhtibar daripada kisah ini mengingatkan
kita bahawa orang yang lebih bermaruah hanya berlaku bagi orang yang menyedari
kelemahan dirinya sendiri dan bukan mereka yang sibuk dengan kesalahan dan
kelemahan orang lain. Justeru, perbaikilah diri sendiri dahulu daripada kita
sibuk tentang kelemahan orang lain.
SIAPA KITA HENDAK
MENGHUKUM...????
Kerja menilai amal
orang lain adalah kerja Allah s.w.t Tuhan Yang Maha Agung. Kita sebagai manusia
perlulah risau tentang diri kita dan orang dibawah tanggungjawab kita dahulu.
Selalulah dengan melihat kebaikan orang lain dan dapat berusaha melihat
keburukan diri sendiri agar dapat diperbaiki.
Sejahat manapun
anggapan seorang insan terhadap insan yang lain jika Allah hendak mengurniakan
hidayah dengan sekelip mata dia boleh berubah. Mungkin “dia” boleh berubah
dengan lebih baik dari “orang” yang menganggapnya jahat. Siapa kita hendak
menghukum insan yang lain dengan mengatakan dia baik ataupun jahat. Kita
sebagai insan yang dhaif pun belum tentu baik ataupun betul.
Hanya Allah Yang Lebih
Mengetahui. Siapa pun kita, selagi kita bergelar manusia, takkan ada manusia
yang tidak berbuat kesilapan. Kemahuan diri sendiri untuk berubah itu yang
perlu, kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang insan selagi insan itu
sendiri tidak mahu mengubahnya.
Ingatlah bahawa kita
hidup bukan kerana pujian dan tak mati dek kerana keji. Dengan izin Allah jika
semuanya berlaku bukan pujian dan kejian jadi penentu. Lakulah sesuatu
semata-mata kerana Allah, maka jangan khuatir dengan keikhlasan perlakuan
tersebut. Di sana-sini, cubaan untuk menjadikan manusia riyak, takbur dan ujub
dalam diri sentiasa ada. Maka pendinding kepada cubaan-cubaan tersebut ialah
dengan sentiasa beristighfar dan memohon keampunan Allah.
Wallahu’alam
Bissawab... *
No comments:
Post a Comment