Thursday, 17 July 2014

ILMU ALLAH S.W.T ITU LUAS... MANFAATKAN MASA YANG ADA... ^__^

Assalamu’alaikum w,b.t.. Bismillahirahmannirrahim…

Alhamdulillah…sudah agak lama tak berkesempatan untuk berkongsi ilmu di laman blog cetusan hatiku, dek sibuk dengan tugasan… InsyaAllah, diberi kelapangan dan keizinan oleh-Nya untuk berkongsi sedikit ilmu..

Alhamdulillah.. terlebih dahulu segala puji & syukur ke  hadrat Ilahi kerana masih memberi nikmat islam, iman & kesihatan buat kita semua untuk bersua lagi dengan Bulan Mulia (Ramadhan 1435 H).. Sempena Ramadhan kali ini bersama-sama kita mempertingkatkan amal kebaikan.., Insyaallah…
Perkongsian untuk kali ini mengenai dakwah…

Apa yang dimaksudkan dengan dakwah??

Pengertian dakwah menurut islam adalah menyeru, mengajak, memanggil umat manusia untuk beriman dan taat kepada Allah s.w.t serta kembali kepada ajaran-Nya yang sebenar.
Kita merupakan khalifah Allah s.w.t yang diciptakan oleh Allah s.w.t untuk memakmurkan alam ini..

Firman Allah s.w.t dalam (Surah Al-Baqarah [2] : 30)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “ Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Kita sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t yang cukup sempurna kerana dikurniakan akal untuk berfikir. Oleh itu kita perlulah memainkan peranan utama dalam memberi nasihat kepada orang lain (berkongsi ilmu pengetahuan yang kita ada dengan orang lain).. tak salah kita saling ingat mengingati ke arah kebaikan dan dalam masa yang sama dapat mengingatkan diri kita sendiri.. Ingatlah tujuan hidup kita ini Lillahita’ala.

Kalimah ini sering kali kita baca didalam solat iaitu dalam doa iftitah,  Inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil-‘alamin. .. “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam”.  

Dalam keadaan dunia pada zaman ini yang semakin hari semakin teruk dengan kejatuhan akhlak dan moral masyarakat islam kita pada hari ini.. Tidak dapat dinafikan dengan wujudnya pelbagai budaya barat yang mempengaruhi minda kehidupan masyarakat kita pada masa kini.. kekadang terasa sedih melihat kehidupan ummah kita pada hari ini seolah-olah sudah jauh dari landasan kebenaran,.. justeru itu kita sebagai manusia yang ada sedikit ilmu agama bersama-sama kita cuba membawa sahabat, saudara-mara serta keluarga kita ke arah keredhaan Allah s.w.t. Dalam menyampaikan dakwah ini tidak hanya terhad kepada ustaz, ustazah dan para alim ulama sahaja, sesiapa sahaja boleh berdakwah  kerana ilmu Allah s.w.t itu luas.. jangan takut sekiranya mendapat tohmahan atau kejian dalam menyampaikan kebaikan.. ada sesetengah masyarakat tidak dapat menerima apa yang kita sampaikan malah ada yang menyindir “Nak nasihatkan orang, nak tunjuk diri tu alim tahu semua”. Apabila bertemu dengan orang seperti ini kita janganlah mudah untuk marah mereka, malah kita mendoakan mereka agar Allah s.w.t memberi kesedaran buat mereka untuk kembali kepada Allah s.w.t.. InsyaAllah sekiranya kita ikhlas untuk menyampaikan kebaikan kepada orang lain, Allah s.w.t akan mempermudahkan urusan kita.

Firman Allah s.w.t (Surah Muhammad [47] : 7)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika engkau menolong (agama) Allah s.w.t, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.

Sedikit perkongsian yang ana dapat semasa bersama-sama Dr. Zul serta ikhwah dan akhwat dari UPSI, UPM, UIA & UMS

Firman Allah s.w.t (surah Nuh [71] : 5-7)

Dia (Nuh) berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam, tetapi seruanku itu tidak menambah (iman) mereka, justeru mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka (untuk beriman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jarinya ke telinganya dan menutupkan bajunya (ke wajahnya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri.

Subhanallah.. walaupun di uji dengan pelbagai ujian oleh kaumnya sendiri, Nabi Nuh tetap tak berhenti menyebarkan dakwah,. Selama 950 tahun Nabi Nuh menyebarkan dakwah dan bersabar menyeru kaumnya untuk kembali kepada Allah s.w.t.. bersama-sam kita mengambil iktibar dari kisah Nabi Nuh yang penuh dengan ujian tetapi tidak membawa putus asa untuk menyeru kaumnya dan kita  sebagai manusia biasa mestilah tabah & sabar dalam menghadapi ujian, Jadikan kisah para anbiya ini sebagai suri teladan kita dalam membawa kebaikan demi Islam tercinta. Mohon agar diberi kekuatan oleh-Nya,. Insyaallah..

Baginda Rasullah s.a.w bersabda : “Sampaikan dariku walau satu ayat”
Insyaallah.. sama-sama kita menyampaikan dakwah ke arah kebaikan serta manfaatkan medium sosial yang ada ini ke arah keredhaan Allah s.w.t..


Catatan hatiku.. Diri ini menulis bukan untuk mencari populariti, tetapi untuk mencari keredhaan Ilahi… Allahu’akbar.. semoga bermanfaat buat semua.. Insyaallah..