Assalamu’alaikum
w,b.t.. Bismillahirahmannirrahim…
Alhamdulillah…sudah
agak lama tak berkesempatan untuk berkongsi ilmu di laman blog cetusan hatiku,
dek sibuk dengan tugasan… InsyaAllah, diberi kelapangan dan keizinan oleh-Nya
untuk berkongsi sedikit ilmu..
Alhamdulillah..
terlebih dahulu segala puji & syukur ke
hadrat Ilahi kerana masih memberi nikmat islam, iman & kesihatan
buat kita semua untuk bersua lagi dengan Bulan Mulia (Ramadhan 1435 H).. Sempena
Ramadhan kali ini bersama-sama kita mempertingkatkan amal kebaikan..,
Insyaallah…
Perkongsian untuk kali
ini mengenai dakwah…
Apa yang dimaksudkan
dengan dakwah??
Pengertian dakwah
menurut islam adalah menyeru, mengajak, memanggil umat manusia untuk beriman
dan taat kepada Allah s.w.t serta kembali kepada ajaran-Nya yang sebenar.
Kita merupakan khalifah
Allah s.w.t yang diciptakan oleh Allah s.w.t untuk memakmurkan alam ini..
Firman Allah s.w.t
dalam (Surah Al-Baqarah [2] : 30)
Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “ Aku hendak
menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan
orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih
memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa
yang tidak kamu ketahui.”
Kita sebagai manusia
yang diciptakan oleh Allah s.w.t yang cukup sempurna kerana dikurniakan akal
untuk berfikir. Oleh itu kita perlulah memainkan peranan utama dalam memberi
nasihat kepada orang lain (berkongsi ilmu pengetahuan yang kita ada dengan
orang lain).. tak salah kita saling ingat mengingati ke arah kebaikan dan dalam
masa yang sama dapat mengingatkan diri kita sendiri.. Ingatlah tujuan hidup
kita ini Lillahita’ala.
Kalimah ini sering kali
kita baca didalam solat iaitu dalam doa iftitah, Inna
salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil-‘alamin. .. “Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru
sekalian alam”.
Dalam keadaan dunia
pada zaman ini yang semakin hari semakin teruk dengan kejatuhan akhlak dan
moral masyarakat islam kita pada hari ini.. Tidak dapat dinafikan dengan
wujudnya pelbagai budaya barat yang mempengaruhi minda kehidupan masyarakat
kita pada masa kini.. kekadang terasa sedih melihat kehidupan ummah kita pada
hari ini seolah-olah sudah jauh dari landasan kebenaran,.. justeru itu kita
sebagai manusia yang ada sedikit ilmu agama bersama-sama kita cuba membawa
sahabat, saudara-mara serta keluarga kita ke arah keredhaan Allah s.w.t. Dalam
menyampaikan dakwah ini tidak hanya terhad kepada ustaz, ustazah dan para alim
ulama sahaja, sesiapa sahaja boleh berdakwah
kerana ilmu Allah s.w.t itu luas.. jangan takut sekiranya mendapat
tohmahan atau kejian dalam menyampaikan kebaikan.. ada sesetengah masyarakat
tidak dapat menerima apa yang kita sampaikan malah ada yang menyindir “Nak
nasihatkan orang, nak tunjuk diri tu alim tahu semua”. Apabila bertemu dengan orang
seperti ini kita janganlah mudah untuk marah mereka, malah kita mendoakan mereka
agar Allah s.w.t memberi kesedaran buat mereka untuk kembali kepada Allah
s.w.t.. InsyaAllah sekiranya kita ikhlas untuk menyampaikan kebaikan kepada
orang lain, Allah s.w.t akan mempermudahkan urusan kita.
Firman Allah s.w.t
(Surah Muhammad [47] : 7)
“Wahai
orang-orang yang beriman! Jika engkau menolong (agama) Allah s.w.t, niscaya dia
akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.
Sedikit perkongsian
yang ana dapat semasa bersama-sama Dr. Zul serta ikhwah dan akhwat dari UPSI,
UPM, UIA & UMS
Firman Allah s.w.t (surah
Nuh [71] : 5-7)
Dia
(Nuh) berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan
malam, tetapi seruanku itu tidak menambah (iman) mereka, justeru mereka lari (dari
kebenaran). Dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka (untuk beriman)
agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jarinya ke telinganya dan
menutupkan bajunya (ke wajahnya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat
menyombongkan diri.
Subhanallah.. walaupun
di uji dengan pelbagai ujian oleh kaumnya sendiri, Nabi Nuh tetap tak berhenti
menyebarkan dakwah,. Selama 950 tahun Nabi Nuh menyebarkan dakwah dan bersabar
menyeru kaumnya untuk kembali kepada Allah s.w.t.. bersama-sam kita mengambil
iktibar dari kisah Nabi Nuh yang penuh dengan ujian tetapi tidak membawa putus
asa untuk menyeru kaumnya dan kita
sebagai manusia biasa mestilah tabah & sabar dalam menghadapi ujian,
Jadikan kisah para anbiya ini sebagai suri teladan kita dalam membawa kebaikan
demi Islam tercinta. Mohon agar diberi kekuatan oleh-Nya,. Insyaallah..
Baginda Rasullah s.a.w
bersabda : “Sampaikan dariku walau satu ayat”
Insyaallah.. sama-sama
kita menyampaikan dakwah ke arah kebaikan serta manfaatkan medium sosial yang
ada ini ke arah keredhaan Allah s.w.t..
Catatan hatiku.. Diri
ini menulis bukan untuk mencari populariti, tetapi untuk mencari keredhaan
Ilahi… Allahu’akbar.. semoga bermanfaat buat semua.. Insyaallah..
No comments:
Post a Comment