Perkongsian Melalui
ikim.f.m
Oleh: ustaz fahmi.
Setelah meninggalnya
anak adam, maka terputuslah segala amalan dan perbuatan baik melainkan tiga
perkara iaitu:
Sedekah
Jariah
Ilmu
yang bermanfaat
Anak
yang soleh yang sentiasa mendoakan
Sedekah Jariah
bermaksud sesuatu yang kita beri dan keluarkan tetapi ia bermanfaat dan berterusan
untuk sepanjang zaman atau masa (bukan terhad kepada “duit” atau “wang”
semata-mata). Jadi buat sahabat-sahabat yang berusaha membantu dakwah islam dan
perjuangan islam, niatkan setiap langkah perjalanan kita, setiap masa dan
komitmen yang kita berikan, setiap tenaga yang disumbangkan, setiap pandangan,
pengisian dan kata-kata dan setiap pergerakan tangan.. Segala semua perbuatan
kita diniatkan untuk sedekah jariah, Insyaallah sedekah yang berpanjangan dan
bermanfaat untuk kesinambungan umat islam kelak. Semoga segala sedekah yang
kita niatkan boleh menjadi penerus amalan kebaikan kita tatkala saat kematian
menjelma.. Insyaallah
Ilmu yang bermanfaat,
jangan kita mengsia-siakan ilmu yang kita perolehi, ilmu yang kita pelajari
tidak kira dalam usrah dan sebagainya atau ilmu-ilmu yang kita perolehi semasa
mendengar tazkirah, ceramah, halaqah, menghadiri kuliah agama, melalui
perbualan sesama rakan atau pengisian dalam televisyen mahupun radio yang boleh
mentarbiyah diri kita ke arah menjadi manusia yang baik. Melalui ilmu-ilmu yang
diperolehi itu perlulah dimanfaatkan, disampaikan dan dipanjangkan. Moga-moga
setiap perkataan ilmu yang kita kongsikan itu boleh menjadikan penerus amalan
kita bila tiba saat Allah s.w.t menjemput kita. Sentiasalah memilih rancangan
yang banyak memberi ibrah buat diri kita dalam meniti kehidupan yang semakin
hari semakin rapuh.
Doa anak-anak soleh
yang sentiasa mendoakan kita, bagi yang sudah berbaitul muslim serta mempunyai
cahaya mata. Teruslah mendidik anak-anak agar ia menjadi anak-anak yang sentiasa
mendoakan kita kelak, sentiasa taat akan suruhan Allah s.w.t serta menjadi
anak-anak penyejuk mata kelak. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, di usia
kecil inilah, terapkan mereka dengan mengenal Allah s.w.t, dan lorongkan mereka
ke jalan yang soleh dan solehah ke arah hafiz-hafizah agar di akhirat kelak
mereka boleh menarik kita bersama-sama ke syurga Allah s.w.t.
Alhamdulillah… semoga
ianya bermaanfaat buat diri kita semua.. Insyaallah…
Bagi mereka belum
mendapat cahaya mata dan tidak direzekikan oleh Allah s.w.t untuk mendapat
cahaya mata, jangan bersedih hati. perbanyakkan musahabah diri dan mendekatkan
diri dengan Allah s.w.t. Masih ada dua sumber lagi untuk dijadikan saham kita
bawa pulang ke sana, iaitu ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah.
Perbanyakanlah bersedekah dan perbanyakanlah membuat amal kebaikan, mencari
ilmu yang bermanfaat disamping diri sendiri mengamalkannya dan dalam masa yang
sama menyampaikan pada orang lain. Insyaallah, jika kita ikhlaskan hati kerana
Allah dalam menyampaikan ilmu kepada orang lain dan orang lain tersebut
mendengar, menghayati dan mengamalkannya.. Insyaallah, kita juga akan mendapat
ganjaran oleh Allah s.w.t di sana nanti.
Perkongsian dari
seorang pensyarah, beliau sudah lama mendirikan rumah tangga, tetapi tidak dikurniakan
cahaya mata oleh Allah s.w.t. Pelbagai usaha & ikhtiar, tetapi tidak juga
membuahkan hasil.. beliau akur dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Segala
duit gaji yang beliau dapat sedikit pun beliau tidak simpan dalam bank, duit
yang beliau dapat beliau gunakan ke jalan Allah s.w.t, dalam masa yang sama
beliau meminta suaminya berkahwin lain, tetapi jawapan dari seorang suami yang
faham agama, suaminya menolak pelawaan isterinya untuk berkahwin lain, malah
suaminya berkata kepada isterinya.. bersabar, ini semua telah ditentukan oleh Allah
s.w.t, Insyaallah.. ada hikmah disebaliknya, jika Allah s.w.t mengurniakan kita
cahaya mata, mana mungkin kita gagal mendidiknya mengikut syariat Allah s.w.t,
dan mana mungkin jika Allah s.w.t mengurniakan kita cahaya mata, khuatir suatu
hari nanti anak tersebut derhaka kepada kita dan banyak berbuat maksiat kepada
Allah s.w.t.. Perancangan Allah s.w.t mengatasi segala-galanya, kita hanya
hamba yang penuh dengan dosa, perbanyakkan istighfar dan memohon keampuanan
dari-Nya.. Ya Allah, Engkau terimalah segala amalan kami dan jangan Engkau
tinggal walaupun ianya sebesar zarah, tetapkanlah hati kami dalam mencintaiMu
Ya Allah dan tetapkanlah hati kami dalam landasan agamaMu Ya Allah, agama Islam..
ikhlaskan hati kami Ya Allah dalam membuat kebaikan dan melaksanakan
kerja-kerja dakwah….
Allahu’akbar..
p/s: untuk diri
sendiri,… BeRsABar.. dan Jangan Mudah berputus asa dengan RAHMAT ALLAH S.W.T…usaha
dan bertawakalah kepada Allah s.w.t.. Allah yang berhak memberinya.. kita hanya
hamba yang mampu merancang dalam semua perkara, hakikatnya Allah s.w.t yang
menentukan segala-galanya… bersangka baik dengan Allah s.w.t dalam semua
perkara.. ^_^
*Pesanan dari pensyarah
saya.. dalam mencari pasangan hidup, jangan tengok kepada rupa paras, harta,
darjat dan sebagainya.. tetapi tengoklah dari segi akhlak dan tingkah lakunya..
yang paling penting hubungannya dengan Allah s.w.t.. itulah yang utama.. banyakan
berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik dan sentiasa lakukan solat istikhrah
memohon petunjuk darinya.. mulakan dari sekarang, walaupun belum ada calon. Insyaallah,
jika kita sentiasa meminta jodoh yang baik dengan Allah s.w.t, Insyaallah, Allah
s.w.t akan kurniakan jodoh yang terbaik buat diri kita..yakin dengan janji
Allah s.w.t “perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik”. Pastikan diri kita dulu yang kena jadi baik.. pesan
pensyarah bila sudah berkahwin, tangunggjawab begitu besar dalam mendidik
amanah Allah s.w.t.. jadikanlah Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah s.a.w
sebagai panduan…suburkan rasa kecintaan
dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t dalam setiap perkara.. Insyaallah
Allahuma’ameen…
No comments:
Post a Comment