Monday, 8 December 2014

رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد نبيا ورسولا

Perkongsian Melalui ikim.f.m

Oleh: ustaz fahmi.

Setelah meninggalnya anak adam, maka terputuslah segala amalan dan perbuatan baik melainkan tiga perkara iaitu:

              Sedekah Jariah
              Ilmu yang bermanfaat
  Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan

Sedekah Jariah bermaksud sesuatu yang kita beri dan keluarkan tetapi ia bermanfaat dan berterusan untuk sepanjang zaman atau masa (bukan terhad kepada “duit” atau “wang” semata-mata). Jadi buat sahabat-sahabat yang berusaha membantu dakwah islam dan perjuangan islam, niatkan setiap langkah perjalanan kita, setiap masa dan komitmen yang kita berikan, setiap tenaga yang disumbangkan, setiap pandangan, pengisian dan kata-kata dan setiap pergerakan tangan.. Segala semua perbuatan kita diniatkan untuk sedekah jariah, Insyaallah sedekah yang berpanjangan dan bermanfaat untuk kesinambungan umat islam kelak. Semoga segala sedekah yang kita niatkan boleh menjadi penerus amalan kebaikan kita tatkala saat kematian menjelma.. Insyaallah

Ilmu yang bermanfaat, jangan kita mengsia-siakan ilmu yang kita perolehi, ilmu yang kita pelajari tidak kira dalam usrah dan sebagainya atau ilmu-ilmu yang kita perolehi semasa mendengar tazkirah, ceramah, halaqah, menghadiri kuliah agama, melalui perbualan sesama rakan atau pengisian dalam televisyen mahupun radio yang boleh mentarbiyah diri kita ke arah menjadi manusia yang baik. Melalui ilmu-ilmu yang diperolehi itu perlulah dimanfaatkan, disampaikan dan dipanjangkan. Moga-moga setiap perkataan ilmu yang kita kongsikan itu boleh menjadikan penerus amalan kita bila tiba saat Allah s.w.t menjemput kita. Sentiasalah memilih rancangan yang banyak memberi ibrah buat diri kita dalam meniti kehidupan yang semakin hari semakin rapuh.  

Doa anak-anak soleh yang sentiasa mendoakan kita, bagi yang sudah berbaitul muslim serta mempunyai cahaya mata. Teruslah mendidik anak-anak agar ia menjadi anak-anak yang sentiasa mendoakan kita kelak, sentiasa taat akan suruhan Allah s.w.t serta menjadi anak-anak penyejuk mata kelak. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, di usia kecil inilah, terapkan mereka dengan mengenal Allah s.w.t, dan lorongkan mereka ke jalan yang soleh dan solehah ke arah hafiz-hafizah agar di akhirat kelak mereka boleh menarik kita bersama-sama ke syurga Allah s.w.t.

Alhamdulillah… semoga ianya bermaanfaat buat diri kita semua.. Insyaallah…

Bagi mereka belum mendapat cahaya mata dan tidak direzekikan oleh Allah s.w.t untuk mendapat cahaya mata, jangan bersedih hati. perbanyakkan musahabah diri dan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Masih ada dua sumber lagi untuk dijadikan saham kita bawa pulang ke sana, iaitu ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah. Perbanyakanlah bersedekah dan perbanyakanlah membuat amal kebaikan, mencari ilmu yang bermanfaat disamping diri sendiri mengamalkannya dan dalam masa yang sama menyampaikan pada orang lain. Insyaallah, jika kita ikhlaskan hati kerana Allah dalam menyampaikan ilmu kepada orang lain dan orang lain tersebut mendengar, menghayati dan mengamalkannya.. Insyaallah, kita juga akan mendapat ganjaran oleh Allah s.w.t di sana nanti.

Perkongsian dari seorang pensyarah, beliau sudah lama mendirikan rumah tangga, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata oleh Allah s.w.t. Pelbagai usaha & ikhtiar, tetapi tidak juga membuahkan hasil.. beliau akur dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Segala duit gaji yang beliau dapat sedikit pun beliau tidak simpan dalam bank, duit yang beliau dapat beliau gunakan ke jalan Allah s.w.t, dalam masa yang sama beliau meminta suaminya berkahwin lain, tetapi jawapan dari seorang suami yang faham agama, suaminya menolak pelawaan isterinya untuk berkahwin lain, malah suaminya berkata kepada isterinya.. bersabar, ini semua telah ditentukan oleh Allah s.w.t, Insyaallah.. ada hikmah disebaliknya, jika Allah s.w.t mengurniakan kita cahaya mata, mana mungkin kita gagal mendidiknya mengikut syariat Allah s.w.t, dan mana mungkin jika Allah s.w.t mengurniakan kita cahaya mata, khuatir suatu hari nanti anak tersebut derhaka kepada kita dan banyak berbuat maksiat kepada Allah s.w.t.. Perancangan Allah s.w.t mengatasi segala-galanya, kita hanya hamba yang penuh dengan dosa, perbanyakkan istighfar dan memohon keampuanan dari-Nya.. Ya Allah, Engkau terimalah segala amalan kami dan jangan Engkau tinggal walaupun ianya sebesar zarah, tetapkanlah hati kami dalam mencintaiMu Ya Allah dan tetapkanlah hati kami dalam landasan agamaMu Ya Allah, agama Islam.. ikhlaskan hati kami Ya Allah dalam membuat kebaikan dan melaksanakan kerja-kerja dakwah….

Allahu’akbar..

p/s: untuk diri sendiri,… BeRsABar.. dan Jangan Mudah berputus asa dengan RAHMAT ALLAH S.W.T…usaha dan bertawakalah kepada Allah s.w.t.. Allah yang berhak memberinya.. kita hanya hamba yang mampu merancang dalam semua perkara, hakikatnya Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya… bersangka baik dengan Allah s.w.t dalam semua perkara.. ^_^


*Pesanan dari pensyarah saya.. dalam mencari pasangan hidup, jangan tengok kepada rupa paras, harta, darjat dan sebagainya.. tetapi tengoklah dari segi akhlak dan tingkah lakunya.. yang paling penting hubungannya dengan Allah s.w.t.. itulah yang utama.. banyakan berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik dan sentiasa lakukan solat istikhrah memohon petunjuk darinya.. mulakan dari sekarang, walaupun belum ada calon. Insyaallah, jika kita sentiasa meminta jodoh yang baik dengan Allah s.w.t, Insyaallah, Allah s.w.t akan kurniakan jodoh yang terbaik buat diri kita..yakin dengan janji Allah s.w.t “perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik”. Pastikan diri kita dulu yang kena jadi baik.. pesan pensyarah bila sudah berkahwin, tangunggjawab begitu besar dalam mendidik amanah Allah s.w.t.. jadikanlah Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah s.a.w sebagai panduan…suburkan rasa  kecintaan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t dalam setiap perkara.. Insyaallah Allahuma’ameen…