Tuesday, 5 March 2019

MUTIARA CINTA KEPADA SANG PENCIPTA



Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah...
Diatas aliran cinta yang mengalir dalam diri ku ini..
Dengan ihsan dan kasih sayang-Mu.. mengurniakan nafas buatku Ya Allah
Aku hamba-Mu yang lemah Ya Allah
Kekadang aku alpa dan leka Ya Allah
Tiada upaya kekuatanku Ya Allah melainkanMu Ya Allah...
Akhirilah usiaku ini Ya Allah dalam keadaan baik Ya Allah..
Engkau Yang Maha Mengetahui setiap langkah perjalanan hidupku Ya Allah...
Aku hamba-Mu yang hina penuh dosa... tiada lain dihatiku untuk mencari Redha-Mu Ya Allah
Wahai Sang Kekasih...
Pertemukanlah daku dengan-Mu Engkau Allah yang menjadikan diriku.. bila dihayati setiap penciptaan-Mu... Begitu banyak nikmat-Mu Ya Allah..
Kekadang aku gagal untuk mensyukuri pemberian-Mu Ya Allah..
Maafkan aku Ya Allah....
Aku akan kembali kepada-Mu Ya Allah..
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui... perluaskan liang lahadku nanti... tempat bersemadinya
jasadku nanti... Amin Ya Rabbi... maafkan daku Ya Allah...


Nuratikah Mohd Dor 



Sunday, 25 November 2018



Kenangan bersama sahabat-sahabat seperjuangan..

Terima kasih Ya Allah, di atas sebuah pertemuan.. 

TEAM HR sentiasa happy sokmo.. miss u.. ^__^

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018
 
Team Jabatan HR, ADMIN, & PENYELENGGARAAN

Monday, 23 November 2015

SEBUAH PERJALANAN KEHIDUPAN YANG PENUH UJIAN & CABARAN

Dengan nama Allah s.w.t yang maha pengasih lagi maha penyayang...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...

Segala puji bagi Allah s.w.t, kerana mengurniakan segala ujian di dalam kehidupan Hamba-Nya... Segala yang ditakdirkan berpaksikan matlamat penciptaan manusia itu sendiri iaitu untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. 

"Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa". (Al-Baqarah:21) 

Alhamdulillah… sudah agak lama saya ingin menulis tentang cerita kehidupan diri ini, bukan tujuan untuk mengaibkan diri sendiri mahupun untuk berbangga dengan diri, tetapi jauh di sudut hati terpanggil untuk berkongsi segala suka dan duka semasa bergelar seorang pelajar suatu ketika dahulu. Insyaallah.. Semoga entry kali ini sedikit sebanyak dapat menjadi satu indicator buat semua sahabat-sahabat yang masih lagi berada di alam pengajian. Jadikanlah ianya sebagai motivasi dalam meneruskan kehidupan… jatuh bangun sebagai student merupakan satu perkara biasa, dan bagaimana kita mengatasinya..  la tahzan inaallaha ma’ana.. Janganlah bersedih Allah s.w.t sentiasa ada bersama kita. Firman Allah s.w.t dalam surah At-Taubah ayat 40 bermaksud “ Jika kamu tidak menolongnya (Muhammad), sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir mengusirnya (dari Mekah); sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, ketika itu dia berkata kepada sahabatnya, “Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah s.w.t bersama kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya (Muhammad) dan membantu dengan bala tentera (malaikat-malaikat) yang tidak terlihat olehmu, dan Dia menjadikan seruan orang-orang kafir itu rendah. Dan firman Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa, lagi Mahabijaksana.” …. Subhanallah, begitu kasih & sayang-Nya Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya. Carilah redha Allah s.w.t dalam meniti kehidupan ini. Ikhlaskan hati lilahi’taala…

Tahun 2011, adalah tahun yang paling bersejarah dalam kehidupan saya, kerana diterima masuk ke IPTA.. Alhamdulillah.. dengan mengalirnya mutiara jernih menzahirkan tanda sujud kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. pertama kali saya melihat mutiara mengalir di pipi ayah kerana berbangga dengan kejayaan anaknya yang sekian lama menanti. Subhanallah.. Hampir setahun diri ini dihujani perasaan sedih yang teramat sangat dan rasa bersalah sangat terhadap ayah dan mak kerana tidak mampu menjadi anak yang membanggakan mak dan ayah kerana ramai kawan-kawan dan sepupu-sepupu yang lain dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.. Terdetik di hati ini di kala itu.. Ya Allah, adakah diriku ini tidak layak untuk merasai nikmatnya seperti mereka dapat belajar di Universiti. Alhamdulillah, Allah s.w.t mengetahui dan ianya telah mengatur perjalanan hidupku di bumi Universiti Malaysia Sarawak. Pelbagai ujian dan dugaan saya tempuhi dengan hati yang tabah bermula dengan keputusan STPM saya pada tahun 2009 tidak begitu membanggakan. Namun, dengan harapan ayah dan mak ingin melihat saya berjaya, meminta saya sekali lagi mengambil STPM pada tahun 2010. Selama 5 bulan saya belajar di sekolah persendirian swasta, bersengkang mata siang dan malam.. Pernah terfikir sempatkah diri ini belajar 5 subjek dalam masa 5 bulan.. Alhamdulillah… Allah s.w.t menolong hamba-hambanya yang berusaha.. Satu jer ayat yang keluar dari mulut saya tatkala ingin menduduki peperiksaan.. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak “sekiranya kamu menjaga Allah s.w.t, Allah s.w.t menjaga kamu”. “Jika kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu”.  Alhamdulillah… dengan mendapat result yang tidaklah sehebat dan segempak orang lain.. Akhirnya dapat melayakkan diri ini di terima masuk di IPTA . Kejayaan saya dalam STPM, berkat dari doa mak dan ayah, saudara mara, cikgu-cikgu serta rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah putus-putus mengiringi diri ini. Seberat mana pun ujian yang Allah s.w.t berikan kepada diri kita, percayalah kita mampu menghadapinya. Teringat Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 286 bermaksud “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. Sentiasalah kita bersangka baik dengan Allah s.w.t dan sentiasa berdoa meminta Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan kita sepanjang masa “Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammin bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.”….  “Ya Allah permudahkanlah segala urusanku dan janglah Engkau mempersulitkannya dan akhirilah ianya dengan kebaikan dari-Mu Ya Allah”. Yakin, berusaha dan berserahlah kepada Allah s.w.t.

Bertuahlah bagi mereka yang tidak pernah melalui detik-detik kesukaran dalam hidup ini. Tetapi janganlah terlalu berbangga atau bersenang hati dengan kehidupan dunia bersifat sementara ini. Hidup ini hendaklah sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Kita tidak tahu bila ujian dan dugaan yang datang melanda. Jika difikirkan orang lain lebih berat lagi ujian yang diterima berbanding dengan diri ini apa la sangat. Pujuk hati tatkala diri ini sudah hampir berputus asa. Tahun itu, saya diterima belajar di Universiti. Ramai saudara mara, kawan-kawan dan orang-orang kampung datang memberi kata-kata semangat supaya belajar bersungguh-sungguh. Saya tekad dan bulat di hati untuk belajar dan paling utama niat dihati ini untuk menghadiahkan mak dan ayah sebuah kegembiraan. Tiada siapa tahu, belajar di kampus tidak sama persis belajar disekolah dahulu kerana sistem di Universiti lebih bersifat universal. First time, berada dalam suasana yang baru, kawan-kawan yang baru lebih-lebih lagi berlatar belakangkan negeri yang berbeza, banyak memberi pengalaman buat diri ini dalam menyesuaikan diri dengan keadaan ketika itu. Betullah kata cikgu semasa disekolah dulu, belajar di universiti berbeza tak sama macam di sekolah, semuanya kena cari sendiri, bahan bacaan, kat sekolah lain lah semua cikgu yang suapkan dekat universiti masing-masing kena alert dengan keadaan sekeliling. Di universiti juga cikgu bagitahu bebas nak datang kelas pukul berapa, tak nak datang pun tak apa tiada orang paksa, semuanya kehendak diri sendiri. Pesan cikgu jikalau kita ingat diri kita ini orang susah kita tidak akan buat perkara yang mensia-siakan. Apa yang cikgu bagitahu suatu ketika dahulu, kini diri ini telah merasainya. Semuanya terletak pada diri sendiri, sama ada nak yang baik ataupun buruk.

 Pada tahun pertama saya mengalami sedikit masalah dalam menyesuaikan diri dengan pembelajaran, al-maklumlah semuanya dalam Inggeris.. A’ah, nak tak nak terpaksalah terima hakikat belajar dalam bahasa Inggeris, memandangkan diri ini tidak berminat dan tidak begitu pandai dalam bahasa Inggeris, terpaksalah sedikit sebanyak memupuk minat tersebut. Alhamdulillah.. tahun pertama saya dapat jalani dengan baik walaupun hampir-hampir ke lembah yang memeritkan dengan pointer 2 ke atas, dapat lagi membawa saya terus ke tahun 2. Semasa di tahun 2 pengajian saya, sama dengan tahun 1 juga, tetapi sedikit sebanyak dapat survive dengan suasana pembelajaran .Namun di tahun 2 pengajian saya tidak begitu membanggakan, kerana pointer saya tidak segah kawan-kawan yang lain. Namun saya kuatkan hati untuk terus belajar malah kawan-kawan sentiasa hadir memberi kata-kata semangat dan motivasi buat diri ini. Tahun 2 semester 4 merupakan tahun yang tidak dapat tertanggung rasanya, sehingga rasa betul-betul nak berhenti belajar, tetapi ayah dan mak tidak bersetuju malah mereka banyak memberi nasihat dan semangat. Kata mak dan ayah.. Selagi Allah s.w.t memberi peluang untuk kamu belajar, belajarlah dan carilah ilmu demi masa depan, ramai lagi orang lain yang tidak berpeluang seperti kamu, jauh di sudut hati kecil mereka ingin belajar.. selagi ada peluang gunalah ianya sebaik mungkin. Mendengar kata-kata semangat dari Mak dan Ayah, menjadikan diri ini terus bangkit dari kesedihan.. zaman belajar di universiti merupakan zaman yang penuh dengan linangan air mata kesedihan buat diri saya ini dan tak termampu untuk saya nukilkan dalam pena ini… Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui rasa hati ini. Percayalah semakin hampir kita dengan Allah s.w.t, Allah akan sentiasa ada bersama kita.. Hati ini merintih & menangis, dalam sendu “Ya Allah apa lagi ujian yang Allah ingin berikan kepada atikah nie? Alhamdulillah.. diri ini terasa tenang dan terasa manisnya nikmat iman yang Allah hadirkan dalam diri ini yang sebelum ini tidak pernah hadir.. terasa diri ini bagaikan hidup kembali dengan Nur dari Allah s.w.t. Ya Allah inilah nikmat dan hadiah paling berharga dari-Mu.. Ingat semakin kita diuji semakin sayangnya Allah kepada kita. 



Alhamdulillah, berkat kesabaran dan dorongan dari keluarga dapat lagi kaki ini melangkah tahun 3 pengajian. Terima kasih buat adikku tercinta selalu memberi semangat buat kakakmu ini. Bermulalah rentetan perjalanan tahun 3 saya di Unimas, merupakan tahun akhir jika berdasarkan tempoh pengajian.. Alhamdulillah di tahun 3 pengajian. Pointer semakin meningkat. Firman Allah s.w.t "Dan Demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu" (Surah Muhammad:31). Sekali lagi diri ini diuji oleh Allah s.w.t kerana tidak mampu menghabiskan pengajian selama tempoh tiga tahun yang diberikan dan terpaksa sambung di tahun empat pengajian. Segala ujian dan cabaran yang saya tempuhi mendekatkan lagi diri dengan Allah s.w.t. Saya yakin Allah s.w.t sentiasa bantu saya, surah Al-Baqarah: 216 Allah s.w.t menjelaskan. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ianya amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". Allah s.w.t sudah mengatur yang terbaik buat diri ini... Alhamdulillah, masanya bukan hari ini, tetapi Allah s.w.t hadirkan dilain hari, masa dan suasana yang Allah s.w.t inginkan... Alhamdulillah, saya rasa begitu bersyukur dengan nikmat ujian yang Allah s.w.t hadiahkan buat diri ini, jatuh bangun seorang pelajar yang tidaklah sebegitu hebat seperti pelajar-pelajar yang lain kerana melalui ujian yang saya terima ini menambahkan lagi rasa kecintaan diri ini dalam mengingati-Nya setiap detik dan waktu.... Allahu'Rabbi... terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan sekeping hati yang sentiasa mengingati-Mu dan yang sentiasa menangis memohon pertolongan dari-Mu Ya Allah, tetapi Engkau tidak pernah sesekali jemu mendengar rintihan hamba-Mu ini Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini Ya Muhaimin.. dan Engkau telah hadiahkan daku sebuah kejayaan yang Engkau kehendaki Ya Allah... Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu'akbar... dan diri ini juga bersyukur kepada-Mu Ya Ilahi kerana tidak mengurniakan daku sekeping hati yang lalai dalam mengingati-Mu Ya Allah... dan diriku juga rasa khuatir jika suatu hari nanti Engkau mengurniakan daku nikmat yang berbentuk Istidraj iaitu nikmat kejayaan dan kekayaan melimpah ruah yang menjadi asbab membuatkan diriku lebih jauh dari mengingatimu Ya Rabbi..., Nauzubillah...., mohon perlindungan dari-Mu Ya Allah.. *Doaku semoga Engkau terus mengekalkan nikmat kecintaan diriku ini kepada-Mu Ya Rabbul Izzati.. Allahuma'ameen... 

        Alhamdulillah di tahun 4 pengajian saya semester satu Allah s.w.t mempertemukan saya dengan seorang pensyarah yang begitu mengambil berat buat diri ini..... selalu memberi nasihat buat diri ini, membantu diri ini tatkala dalam kesusahan... Allahu;akbar, begitu murninya hati seorang pensyarah.. mengingatkan diri ini tentang kehidupan dunia yang hanya persinggahan sementara dan selalu memberikan diri ini nasihat yang begitu bermakna terutamanya dalam meletakkan Allah s.w.t yang paling utama dihati... terima kasih buat pensyarah di atas segala nasihat yang diberikan... atikah tidak mampu untuk membalas kebaikan yang puan berikan... hanya sekuntum doa yang sentiasa atikah kirimkan buat puan sekeluarga agar sentiasa berada dalam rahmat lembayung kasih-Nya... Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas segala kebaikan yang puan berikan... Doaku agar diberikan rezeki oleh Allah s.w.t supaya dapat berjumpa dan bersua lagi dilain hari dan waktu... Insya-Allah... terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan kami walaupun ianya hanya seketika.... Alhamdulillah.... di tahun empat pengajian saya lebih hebat lagi ujian dari Allah s.w.t.... Astagfirullah'al-azim... Allahu'akbar... tatkala mendapat keputusan exam final... ku sangkakan semuanya akan berakhir.... malangnya satu kursus terpaksa diambil semula... sedihnya hati ini hanya Allah s.w.t yang tahu.... harapan untuk konvo tidak kesampaian.... Namun disebalik kesedihan itu Allah s.w.t ingin menguji lagi kesabaran diri ini... dikhabarkan kursus yang tidak lulus tersebut dapat diambil kembali dengan mengambil Ujian Penilaian Khas... ku kuatkan hati ini untuk pulang kembali ke kampus selama 3 hari diri ini berada dikampus untuk mengambil kembali kursus tersebut... Allahu'akbar... sayunya hati.... ku kuatkan semangat dan yakin dengan Allah s.w.t.... mungkin Allah s.w.t ingin hadiahkan yang terbaik... Ya Allah.... lajunya air mata mengalir umpama air hujan yang turun membasahi bumi di malam hari, bersaksikan air hujan yang turun ingin ku zahirkan segala rasa isi hati yang terbuku jauh disudut hati kecilku ini, tatkala jari jemari laju menari di atas keyboard turut meluahkan rasa kesedihan yang teramat sangat... tatkala membaca status dari kawan-kawan semuanya mengukir senyuman kegembiraan...; Diri ini masih lagi mencari arah... Jika ini dari-Mu Ya Allah, ku yakin adanya kebaikan yang tersembunyi disebalik kesedihan dan penderitaan yang ku alami ini.... ternyata janji Allah s.w.t itu pasti... akhirnya penantian selama ini berakhir ... Alhamdulillah... sujud tanda syukur pada-Mu Ya Rabbul Izzati di atas anugerah ini.


Buat adik-adik yang masih lagi belajar tidak kiralah sama ada di universiti, mahupun di sekolah teruskan belajar dan janganlah mudah berputus asa dari rahmat Allah s.w.t.. Ingat gagal sekali tak bermakna kita akan gagal buat selama-lamanya... buat adik-adik yang senasib dengan diri ini janganlah terlalu sedih, tetapi jadikan ianya sebagai satu momentum untuk terus bangkit dari kegagalan.. Ingat, rezeki, ajal maut , jodoh dan pertemuan Allah s.w.t sudah tentukan, kita hanya hamba Allah s.w.t yang biasa yang mampu berusaha dan merancang, tetapi yang memberi dan menentukan adalah dengan kehendak Allah s.w.t.. Susah mana pun kita dalam hidup nie jangan lupa Allah s.w.t, dekatkan diri dengan Allah... Jangan kita jauhkan diri kita dari Allah s.w.t, khuatir suatu hari nanti Allah s.w.t akan jauh dari kita, sekali kita jauhkan diri dari Allah s.w.t, dua kali ganda Allah s.w.t jauhkan hati kita dari mengingati-Nya. Kita akan dapat rasa nikmat manisnya Iman jika kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.. setiap yang berlaku itu ada hikmah yang menanti disebaliknya. "Cukuplah Allah s.w.t bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah: 129). Di universiti banyak mengajar erti hidup berdikari... Nasihat diri ini untuk adik-adik carilah kawan-kawan yang selalu mengingatkan diri kita kepada Allah s.w.t buatlah bulatan gembira (usrah) berkongsi ilmu agama dalam masa yang sama dapat menyebarkan dakwah kepada orang lain dan lebih baik daripada itu ianya dapat memberi tarbiyah buat diri kita sendiri dalam meniti sebuah kehidupan yang semakin hari semakin rapuh... percayalah jika kita tolong agama Allah s.w.t, Allah s.w.t akan bantu kita.... di Universiti medan dakwah bermula... kerana diri kita yang mengerakkannya dengan sahabat-sahabat yang lain yang lebih mahir dan tinggi ilmu agamanya... Insya-Allah.... Gunakanlah setiap detik yang kita ada ini untuk bertasbih kepada Allah s.w.t, setiap minit yang kita ada ini untuk berfikir tentang tujuan penciptaan kita sebagai Khalifah Allah s.w.t di muka bumi yang fana ini & merenung kebesaran dan kehebatan Allah Azza Wa Jala yang Maha Hebat ini dan setiap jam yang kita ada ini untuk beramal dan taat pada perintah-Nya... Sebelum ianya terhenti buat selama-lamanya... maanfatkan nikmat masa yang Allah s.w.t kurniakan ini ke arah kebaikan... Firman Allah s.w.t.. Wa'Asr "Demi Masa!!! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Nasihat untuk diri sendiri juga. Jangan bersedih seandainya kita berusaha bersungguh-sungguh namun Allah s.w.t tidak juga mengurniakan kita kejayaan, ataupun rezeki berupa harta benda dan sebagainya... kita tidak tahu apa perancangan Allah s.w.t buat diri kita semua. Kita cuba lagi dan terus mencuba lagi.... Insya-Allah Allah s.w.t akan bantu kita apabila Allah s.w.t kehendaki yakinlah Allah s.w.t ingin mendengar lagi rintihan kita dalam tha'jud kepada-Nya, itu tanda-Nya Allah s.w.t kasih & sayangkan kepada kita... Jadi jangalah kita mudah jemu dalam mengadu kepada-Nya kerana Allah s.w.t tidak sentiasa jemu mendengar pengaduan hamba-hamba-Nya... sentiasalah melakukan amalan sunat seperti solat hajat dan perbanyakanlah melakukan solat sunat taubat kerana kita hamba Allah s.w.t yang penuh dengan dosa bangun dan bermunajatlah kepada Allah s.w.t.. Bagi diri ini kejayaan dalam peperiksaan bukan menjadi kayu pengukur utama buat segala-galanya... itu hanya dunia semata-mata.... kejayaan yang sebenar adalah kejayaan di akhirat sana... Janganlah kita terlalu mengejar kehidupan dunia yang bersifat sementara ini menyebabkan kita lupa akan kehidupan di akhirat sana yang kita tidak tahu sama ada baik ataupun sebaliknya... perbanyakanlah amal dan bekalan kita untuk di bawa pulang ke negeri yang abadi... Ikutlah sunnah baginda Rasulullah s.a.w... Nabi Muhammad s.a.w seorang rasul yang sentiasa besederhana dengan kehidupannya dan baginda juga seorang Rasul yang tabah dalam menempuhi pelbagai ujian dan cabaran yang lagi maha hebat daripada kita iaitu dalam menyampaikan seruan Allah s.w.t kepada umatnya. Besederhanalah kita dalam membuat sesuatu perkara.. tidak perlulah kita berbangga dengan apa yang kita miliki itu kerana ianya semua milik Allah s.w.t... sekali Allah s.w.t bagi nikmat dan Allah s.w.t juga berhak menariknya kembali nikmat tersebut bila-bila masa yang Allah s.w.t kehendaki sekira kita melupaiNya... Hidup ini sentiasalah memberi bukan meminta.... 

        Akhir kalam... Jazakallahu khairan khasitran Jazakk buat mak dan ayah tercinta di atas pengorbanan yang terlalu banyak buat diri ini... tidak termampu untuk kak membalasnya walaupun dengan segunung mutiara ataupun permata.... Alhamdulillah... berkat kesabaran yang Allah s.w.t kurniakan buat mak dan ayah akhirnya doa' mak dan ayah dimakbulkan oleh Allah s.w.t... sujud tanda kesyukuran kehadrat Allah s.w.t... doakan semoga anak-anak mak dan ayah berjaya di dunia dan di akhirat, tiada yang lebih bermakna buat kami semua melainkan kejayaan di akhirat sana, meraih syurga Allah s.w.t yang begitu mahal harganya, Doaku semoga kita sekeluarga dapat bertemu di dalam syurga Allah s.w.t kelak... Insya-Allah... 

            Terima Kasih buat saudara mara, pak cik mak cik, adik-beradik, neneandaku, cikgu-cikgu, para pensyarah, kawan-kawan seperjuangan satu bacth Industrial Relations & Labour Studies (IRLS) 2011/2012 yang banyak membantu diri ini sama ada dari segi nasihat, motivasi, kewangan dan sebagainya... Sunguh diri ini begitu appreciate, terima kasih juga buat family angkat yang selalu memberi semangat dan mengambil berat buat diri ini, roommatesku, housemate, geng-geng rumah sewa, kawan-kawan dari fakulti lain, terima kasih juga buat sahabat seusrah dan semua yang mengenali diri ini di atas doa yang tidak putus-putus mengiringi langkahku ini. Kejayaan diri ini adalah kejayaan buat semua... Alhamdulillah... Perjalanan sebuah kehidupan kita tidak terhenti di sini, selagi masih bernafas, kehidupan perlu diteruskan.. setiap kita berbeza ragam kehidupannya ada yang kaya, miskin, bijak dan sebaliknya, itu hanya pinjaman sementara di dunia ini. Kita lah pelakon dan penulis skripnya, berbagai ragam dan watak yang kita lakukan dalam mewarnai kehidupan ini, sebelum berhenti kaku buat selama-lamanya.. hakikatnya jadilah insan yang mengikut skrip dari Allah s.w.t agar selamat kehidupan di dunia dan di akhirat... Perbanyakanlah kita mohon kepada Allah s.w.t agar kita semua dapat menjalani hidup dengan penuh ketakwaan kepada Allah s.w.t dalam meningkatkan amal bekalan untuk dibawa pulang ke sana... Insya-Allah.. Doakan diri ini agar terus diberi kekuatan oleh-Nya dan sentiasa berada dalam rahmat lembayung kasih-Nya.

Ingatlah... tidak selamanya kita yang berada di puncak kejayaan akan sentiasa berada di atas... Begitu jua kita yang berada di lembah kegagalan sementara ini.. Tidak selamanya kita akan berada di bawah... Pasti kita akan terus mencuba untuk mendaki puncak kejayaan dan akhirnya ianya pasti sampai ke puncaknya... Apa yang paling penting ialah bagaimana kita menjadikan takdir Allah s.w.t ini sebagai alat untuk meningkatkan ketakwaan diri kita kepada Allah s.w.t... dan bagaimana kita menghamparkan kehambaan diri kita kepada Allah s.w.t ketika kita mencapai nikmat dan musibah. Mohon maaf di atas segala khilaf dalam entry kali ini... Sesungguhnya kita adalah hamba Allah s.w.t yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan... semoga cerita saya ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat kita semua... Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan dan kejahilan diri saya sendiri... Ingat!!! Apabila berjaya mak dan ayah di lupa jangan!!!! ... Ingat tanpa doa dan restu mereka, tak kemana kita... dan bila berjaya juga janganlah kita sombong dan sentiasalah berpijak di bumi yang nyata iaitu dari mana asal usul kita dan ke mana kita selepas ini... tanyalah hati kecil kita....???  Redhanya Allah s.w.t terletak kepada keredhaan mak dan ayah kita... Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Isra' ayat 23 yang bermaksud "Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu-bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan jangalah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.".....  Oleh itu kita sebagai anak sentiasalah memohon keampunan dari mereka setiap masa kerana kita tidak tahu sama ada dalam sedar mahupun tidak sedar kita telah menyakiti hati mak dan ayah kita sama ada melalui percakapan mahupun dari segi tingkah laku kita sendiri yang tidak menyenangkan hati mak dan ayah kita, berbuat baiklah kepada mereka, selagi mereka masih ada disisi kita, sayangilah dan taatilah mereka sebelum mereka pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.... : "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." 


Wardah Rindu Buat AyahandaKu Tersayang 
(Mohd Dor Bin Awang Kechik) 

Terima kasih ayah kerana berpenat lelah membesarkan diri ini dari kecil sehinggalah sekarang, tidak pernah jemu melayani kerenah diri ini. 
Ayah memang ayah yang terbaik di dunia yang Allah s.w.t kurniakan buat diri ini dan adik-beradik yang lain. 
Atikah tidak mampu menjadi anak yang terbaik buat ayah, begitu banyak dosa-dosa atikah terhadap ayah...... maafkanlah diri atikah di atas segala kesalahan yang pernah atikah lakukan dalam sedar mahupun tidak sedar... Atikah tahu.... Atikah banyak membuat hati ayah terguris disebabkan perangai Atikah yang begitu degil dan mudah memberontak... Astagfirullah'al-azim... ayah tetap bersabar dengan Atikah..... 
Disaat diri ini diuji dengan kesakitan, ayahlah insan yang paling bimbang mengenai diri ini dan ayah sanggup tinggalkan kerja disebabkan diri ini... Allahu'akbar... begitu besarnya pengorbanan ayahanda buat diri Atikah... Thankzz for everything ayah... 

Alhamdulillah... Atikah bersyukur kerana Allah s.w.t mengurniakan seorang ayah yang begitu tabah dan sabar dalam mendidik diri Atikah, Atikah gembira dengan kehidupan yang ayah berikan. Biarlah kita tidak hidup sekaya seperti orang lain, tetapi ayah isi kekayaan dalam kehidupan kita sekeluarga dengan penuh kasih sayang terutamanya dalam meletakkan Allah S.w.t di hati itu yang utama... Nasihat ayah buat diri ini, ayah sentiasa tidak pernah jemu mendengar masalah diri ini terutamanya dalam mengadu tentang masalah pelajaran yang dialami, malah ayah sentiasa meminta diri ini bersabar dan berdoalah mengadu kepada Allah s.w.t minta pertolongan dariNya, ayahlah insan yang sangat mengambil berat mengenai pelajaran anak-anaknya.. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Sekelian Alam... 

Percayalah duhai ayahku sayang segala kenangan kita bersama tidak pernah Atikah lupakan sampai ke akhirnya.... susah senang kita sekeluarga bersama-sama kita harunginya dalam meneruskan kehidupan yang bersifat sementara ini... Mohon maaf dari anakmu ini di atas segala salah dan silap yang pernah Atikah lakukan, halalkan segala makan, pakai dan minum Atikah selama ayah membesarkan diri Atikah... Terima kasih di atas segala-galanya....   

Wardah Kasih Buat Bondaku Tercinta 
(Asiah Binti Ramli)  

Terima kasih buat mak tercinta kerana berpenat lelah melahirkan dan membesarkan diri ini.... Diri ini bersyukur kehadrat Ilahi kerana mengurniakan seorang mak yang selalu memberi semangat buat diri ini, dan dalam masa yang sama tidak pernah berasa jemu dalam mengasuh dan mendidik diri ini..... 

Emaklah ratu hatiku, di saat atikah kesedihan mak sentiasa ada dan hadir memberi kata-kata semangat, di saat atikah berputus asa mak selalu memberi nasihat jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t. Di saat atikah tidak berdaya mak sentiasa hadir memberikan atikah kekuatan.... 

Allahu'akbar.... Mak merupakan mak yang terbaik buat diri ini kerana sentiasa menasihati diri ini jangan pernah lupakan Allah s.w.t walau di mana berada... azimat ini atikah akan ingat sampai ke akhirnya.... 

Alhamdulillah... 
Terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakan daku seorang mak yang begitu ambil berat buat diri ini..... emak sentiasa di hati atikah dan tidak dapat ditukar gantinya... susah senang telah kita rasai dan harungi... 

Allahu'akbar... Mak merupakan mak yang terbaik buat diri ini kerana sentiasa menasihati diri ini, jangan pernah lupakan Allah s.w.t walau di mana berada... Azimat ini Atikah akan ingat sampai ke akhirnya.... Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah... kerana mengurniakan seorang mak yang begitu ambil berat buat diri ini.... Emak sentiasa dihati atikah dan tidak dapat ditukar gantinya.... 
susah senang telah kita harungi bersama.... Air mata kasih sayang yang mengalir menjadi bukti kecintaan antara kita sekeluarga.... 
ALHAMDULILLAH.

Nukilan Kasih Buat Insan Istimewa... 

SALAM KASIH DAN SAYANG buat guruku tercinta, ustaz dan ustaz serta buat semua pensyarah tersayang.... 
tanpa doa kalian semua, mana mungkin diri ini menjadi seperti hari ini.... begitu banyak bakti yang kalian berikan dalam mendidik diriku ini untuk menjadi insan berguna di masa hadapan... 
Nasihat dan kata-kata semangat kalian kepada diriku begitu bermakna demi meneruskan sebuah kehidupan yang begitu jauh jalan penghujungnya... Dari kalian diri ku ini mengenai erti nilai kasih sayang, hormat menghormati... ilmu yang kalian turunkan.... 
Segalanya berpaksikan satu semangat dan iltizam untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang mulia dan berguna... 
Mohon dihalalkan segala ilmu dan bakti yang kalian berikan buat diriku ini... Salam Sayang dan rindu serta seribu kemaafan dari anak didikmu ini....

Untaian kata....*****

Kadangkala Allah s.w.t hilangkan mentari....
Kemudian DIA datangkan guruh... puas kita menangis...
mencari mana mentari kita nie HILANG... rupa-rupanya Allah s.w.t nak hadiahkan kita pelangi yang indah dan cantik sekali..... Allahu'akbar, begitulah kasih-Nya Sang Pencipta kita kepada diri kita ini...


..

Bersabarlah duhai insan... setiap ujian yang Allah s.w.t berikan, merupakan tanda kasih sayangnya Allah s.w.t kepada diri kita untuk terus mendekatkan diri kita kepada-Nya... Insya-Allah ada kemanisan di sebalik kepahitan dan keperitan ini....


Ya ALLAH.... Terangilah jalan hidupku..... dengan cahaya kasih-Mu.....
Pimpinlah daku dengan hidayah-Mu Ya Rabbi....
di malam syahdu ku merayu pada-Mu Ya Ilahi.... ampunilah segala dosa ku yang lalu....
Sujudku mendambakan keredhaan-Mu Ya Allah.... tempatkan daku di dalam rahmat-Mu dan kasih sayang-Mu Ya Rabbi... Allahuma'ameen....
mohon doa dari semua yang mengenali diri ini, agar terus diberi ketabahan dan kekuatan oleh-Nya....



****Bingkisan Hatiku.... Nuratikah Binti Mohd Dor.... ****







 


Monday, 8 December 2014

رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد نبيا ورسولا

Perkongsian Melalui ikim.f.m

Oleh: ustaz fahmi.

Setelah meninggalnya anak adam, maka terputuslah segala amalan dan perbuatan baik melainkan tiga perkara iaitu:

              Sedekah Jariah
              Ilmu yang bermanfaat
  Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan

Sedekah Jariah bermaksud sesuatu yang kita beri dan keluarkan tetapi ia bermanfaat dan berterusan untuk sepanjang zaman atau masa (bukan terhad kepada “duit” atau “wang” semata-mata). Jadi buat sahabat-sahabat yang berusaha membantu dakwah islam dan perjuangan islam, niatkan setiap langkah perjalanan kita, setiap masa dan komitmen yang kita berikan, setiap tenaga yang disumbangkan, setiap pandangan, pengisian dan kata-kata dan setiap pergerakan tangan.. Segala semua perbuatan kita diniatkan untuk sedekah jariah, Insyaallah sedekah yang berpanjangan dan bermanfaat untuk kesinambungan umat islam kelak. Semoga segala sedekah yang kita niatkan boleh menjadi penerus amalan kebaikan kita tatkala saat kematian menjelma.. Insyaallah

Ilmu yang bermanfaat, jangan kita mengsia-siakan ilmu yang kita perolehi, ilmu yang kita pelajari tidak kira dalam usrah dan sebagainya atau ilmu-ilmu yang kita perolehi semasa mendengar tazkirah, ceramah, halaqah, menghadiri kuliah agama, melalui perbualan sesama rakan atau pengisian dalam televisyen mahupun radio yang boleh mentarbiyah diri kita ke arah menjadi manusia yang baik. Melalui ilmu-ilmu yang diperolehi itu perlulah dimanfaatkan, disampaikan dan dipanjangkan. Moga-moga setiap perkataan ilmu yang kita kongsikan itu boleh menjadikan penerus amalan kita bila tiba saat Allah s.w.t menjemput kita. Sentiasalah memilih rancangan yang banyak memberi ibrah buat diri kita dalam meniti kehidupan yang semakin hari semakin rapuh.  

Doa anak-anak soleh yang sentiasa mendoakan kita, bagi yang sudah berbaitul muslim serta mempunyai cahaya mata. Teruslah mendidik anak-anak agar ia menjadi anak-anak yang sentiasa mendoakan kita kelak, sentiasa taat akan suruhan Allah s.w.t serta menjadi anak-anak penyejuk mata kelak. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, di usia kecil inilah, terapkan mereka dengan mengenal Allah s.w.t, dan lorongkan mereka ke jalan yang soleh dan solehah ke arah hafiz-hafizah agar di akhirat kelak mereka boleh menarik kita bersama-sama ke syurga Allah s.w.t.

Alhamdulillah… semoga ianya bermaanfaat buat diri kita semua.. Insyaallah…

Bagi mereka belum mendapat cahaya mata dan tidak direzekikan oleh Allah s.w.t untuk mendapat cahaya mata, jangan bersedih hati. perbanyakkan musahabah diri dan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Masih ada dua sumber lagi untuk dijadikan saham kita bawa pulang ke sana, iaitu ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah. Perbanyakanlah bersedekah dan perbanyakanlah membuat amal kebaikan, mencari ilmu yang bermanfaat disamping diri sendiri mengamalkannya dan dalam masa yang sama menyampaikan pada orang lain. Insyaallah, jika kita ikhlaskan hati kerana Allah dalam menyampaikan ilmu kepada orang lain dan orang lain tersebut mendengar, menghayati dan mengamalkannya.. Insyaallah, kita juga akan mendapat ganjaran oleh Allah s.w.t di sana nanti.

Perkongsian dari seorang pensyarah, beliau sudah lama mendirikan rumah tangga, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata oleh Allah s.w.t. Pelbagai usaha & ikhtiar, tetapi tidak juga membuahkan hasil.. beliau akur dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Segala duit gaji yang beliau dapat sedikit pun beliau tidak simpan dalam bank, duit yang beliau dapat beliau gunakan ke jalan Allah s.w.t, dalam masa yang sama beliau meminta suaminya berkahwin lain, tetapi jawapan dari seorang suami yang faham agama, suaminya menolak pelawaan isterinya untuk berkahwin lain, malah suaminya berkata kepada isterinya.. bersabar, ini semua telah ditentukan oleh Allah s.w.t, Insyaallah.. ada hikmah disebaliknya, jika Allah s.w.t mengurniakan kita cahaya mata, mana mungkin kita gagal mendidiknya mengikut syariat Allah s.w.t, dan mana mungkin jika Allah s.w.t mengurniakan kita cahaya mata, khuatir suatu hari nanti anak tersebut derhaka kepada kita dan banyak berbuat maksiat kepada Allah s.w.t.. Perancangan Allah s.w.t mengatasi segala-galanya, kita hanya hamba yang penuh dengan dosa, perbanyakkan istighfar dan memohon keampuanan dari-Nya.. Ya Allah, Engkau terimalah segala amalan kami dan jangan Engkau tinggal walaupun ianya sebesar zarah, tetapkanlah hati kami dalam mencintaiMu Ya Allah dan tetapkanlah hati kami dalam landasan agamaMu Ya Allah, agama Islam.. ikhlaskan hati kami Ya Allah dalam membuat kebaikan dan melaksanakan kerja-kerja dakwah….

Allahu’akbar..

p/s: untuk diri sendiri,… BeRsABar.. dan Jangan Mudah berputus asa dengan RAHMAT ALLAH S.W.T…usaha dan bertawakalah kepada Allah s.w.t.. Allah yang berhak memberinya.. kita hanya hamba yang mampu merancang dalam semua perkara, hakikatnya Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya… bersangka baik dengan Allah s.w.t dalam semua perkara.. ^_^


*Pesanan dari pensyarah saya.. dalam mencari pasangan hidup, jangan tengok kepada rupa paras, harta, darjat dan sebagainya.. tetapi tengoklah dari segi akhlak dan tingkah lakunya.. yang paling penting hubungannya dengan Allah s.w.t.. itulah yang utama.. banyakan berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik dan sentiasa lakukan solat istikhrah memohon petunjuk darinya.. mulakan dari sekarang, walaupun belum ada calon. Insyaallah, jika kita sentiasa meminta jodoh yang baik dengan Allah s.w.t, Insyaallah, Allah s.w.t akan kurniakan jodoh yang terbaik buat diri kita..yakin dengan janji Allah s.w.t “perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik”. Pastikan diri kita dulu yang kena jadi baik.. pesan pensyarah bila sudah berkahwin, tangunggjawab begitu besar dalam mendidik amanah Allah s.w.t.. jadikanlah Al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah s.a.w sebagai panduan…suburkan rasa  kecintaan dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t dalam setiap perkara.. Insyaallah Allahuma’ameen… 

Thursday, 17 July 2014

ILMU ALLAH S.W.T ITU LUAS... MANFAATKAN MASA YANG ADA... ^__^

Assalamu’alaikum w,b.t.. Bismillahirahmannirrahim…

Alhamdulillah…sudah agak lama tak berkesempatan untuk berkongsi ilmu di laman blog cetusan hatiku, dek sibuk dengan tugasan… InsyaAllah, diberi kelapangan dan keizinan oleh-Nya untuk berkongsi sedikit ilmu..

Alhamdulillah.. terlebih dahulu segala puji & syukur ke  hadrat Ilahi kerana masih memberi nikmat islam, iman & kesihatan buat kita semua untuk bersua lagi dengan Bulan Mulia (Ramadhan 1435 H).. Sempena Ramadhan kali ini bersama-sama kita mempertingkatkan amal kebaikan.., Insyaallah…
Perkongsian untuk kali ini mengenai dakwah…

Apa yang dimaksudkan dengan dakwah??

Pengertian dakwah menurut islam adalah menyeru, mengajak, memanggil umat manusia untuk beriman dan taat kepada Allah s.w.t serta kembali kepada ajaran-Nya yang sebenar.
Kita merupakan khalifah Allah s.w.t yang diciptakan oleh Allah s.w.t untuk memakmurkan alam ini..

Firman Allah s.w.t dalam (Surah Al-Baqarah [2] : 30)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “ Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Kita sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t yang cukup sempurna kerana dikurniakan akal untuk berfikir. Oleh itu kita perlulah memainkan peranan utama dalam memberi nasihat kepada orang lain (berkongsi ilmu pengetahuan yang kita ada dengan orang lain).. tak salah kita saling ingat mengingati ke arah kebaikan dan dalam masa yang sama dapat mengingatkan diri kita sendiri.. Ingatlah tujuan hidup kita ini Lillahita’ala.

Kalimah ini sering kali kita baca didalam solat iaitu dalam doa iftitah,  Inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil-‘alamin. .. “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam”.  

Dalam keadaan dunia pada zaman ini yang semakin hari semakin teruk dengan kejatuhan akhlak dan moral masyarakat islam kita pada hari ini.. Tidak dapat dinafikan dengan wujudnya pelbagai budaya barat yang mempengaruhi minda kehidupan masyarakat kita pada masa kini.. kekadang terasa sedih melihat kehidupan ummah kita pada hari ini seolah-olah sudah jauh dari landasan kebenaran,.. justeru itu kita sebagai manusia yang ada sedikit ilmu agama bersama-sama kita cuba membawa sahabat, saudara-mara serta keluarga kita ke arah keredhaan Allah s.w.t. Dalam menyampaikan dakwah ini tidak hanya terhad kepada ustaz, ustazah dan para alim ulama sahaja, sesiapa sahaja boleh berdakwah  kerana ilmu Allah s.w.t itu luas.. jangan takut sekiranya mendapat tohmahan atau kejian dalam menyampaikan kebaikan.. ada sesetengah masyarakat tidak dapat menerima apa yang kita sampaikan malah ada yang menyindir “Nak nasihatkan orang, nak tunjuk diri tu alim tahu semua”. Apabila bertemu dengan orang seperti ini kita janganlah mudah untuk marah mereka, malah kita mendoakan mereka agar Allah s.w.t memberi kesedaran buat mereka untuk kembali kepada Allah s.w.t.. InsyaAllah sekiranya kita ikhlas untuk menyampaikan kebaikan kepada orang lain, Allah s.w.t akan mempermudahkan urusan kita.

Firman Allah s.w.t (Surah Muhammad [47] : 7)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika engkau menolong (agama) Allah s.w.t, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.

Sedikit perkongsian yang ana dapat semasa bersama-sama Dr. Zul serta ikhwah dan akhwat dari UPSI, UPM, UIA & UMS

Firman Allah s.w.t (surah Nuh [71] : 5-7)

Dia (Nuh) berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam, tetapi seruanku itu tidak menambah (iman) mereka, justeru mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka (untuk beriman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jarinya ke telinganya dan menutupkan bajunya (ke wajahnya) dan mereka tetap (mengingkari) dan sangat menyombongkan diri.

Subhanallah.. walaupun di uji dengan pelbagai ujian oleh kaumnya sendiri, Nabi Nuh tetap tak berhenti menyebarkan dakwah,. Selama 950 tahun Nabi Nuh menyebarkan dakwah dan bersabar menyeru kaumnya untuk kembali kepada Allah s.w.t.. bersama-sam kita mengambil iktibar dari kisah Nabi Nuh yang penuh dengan ujian tetapi tidak membawa putus asa untuk menyeru kaumnya dan kita  sebagai manusia biasa mestilah tabah & sabar dalam menghadapi ujian, Jadikan kisah para anbiya ini sebagai suri teladan kita dalam membawa kebaikan demi Islam tercinta. Mohon agar diberi kekuatan oleh-Nya,. Insyaallah..

Baginda Rasullah s.a.w bersabda : “Sampaikan dariku walau satu ayat”
Insyaallah.. sama-sama kita menyampaikan dakwah ke arah kebaikan serta manfaatkan medium sosial yang ada ini ke arah keredhaan Allah s.w.t..


Catatan hatiku.. Diri ini menulis bukan untuk mencari populariti, tetapi untuk mencari keredhaan Ilahi… Allahu’akbar.. semoga bermanfaat buat semua.. Insyaallah..


Sunday, 8 December 2013

Perkongsian~ Renungan Bersama..



Rasulullah s.a.w bersabda :
            “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan Murka Allah bergantung pada murka dua ibu bapa.”
                                    Hadis Riwayat al-Hakim...

Sayangi Emak, Sayangi Ayah..  Bagi yang sudah tidak ada ayah, bagi yang sudah tiada ibu.. carilah satu amalan yang membolehkan ibu & ayah kita dapat pahala dalam kubur... Tolonglah!!! carikan amalan yang pos pahala dalam kubur untuk mak dan ayah kita  ... dan tolong jangan buat maksiat... kesian arwah mak kita, kesian arwah bapa kita lau kita kekalkan maksiat , kalau kita kekalkan pergaduhan sesama keluarga, pertikaian sesama keluarga, terseksa tuan-tuan mereka dalam kubur.. Maka mari kita ambik ikhtibar kalau kita dah mati ayah, dah mati ibu.. cari jalan macam mana nak dapat pahala untuk mereka, nak pos pahala untuk mereka dan yang kedua tolonglah eratkan silaturahim jangan berpecah belah, kesian mak bapa kita yang berada dalam kubur.  saya pesan pada tuan-tuan yang masih ada mak layanlah mak elok-elok , dia sakit bela dia elok-elok, dia duduk dengan kita bela elok-elok .. jangan sia-siakan mak kita, jangan lalai alpa kan mak kita bila mak kita mati bila mak kita jadi macam ini, tiada siapa lagi, tiada guna apa lagi tuan-tuan.  Jadi tuan-tuan yang mana masih ada lagi ibu, yang mana masih lagi ada ayah. Tolonglah layan elok-elok, tolong hormat elok-elok, tolong bela elok-elok, jangan maki, jangan marah, jangan hembur perkataan kasar pada mereka, mak panggil datang, mak lambat pun sabar, mak marah pun sabar, mak seolah-olah kasih pada anak yang lain tak kasih pada kita pun sabar. Itu mak kita, jangan terasa langsung hati dengan mak, jangan kata “Mak tak adil, Mak kasih orang lain, “ Mak sayang kakak!! Mak sayang adik, Mak tak sayang saya. Jangan anggap macam itu, anggap mak kita sentiasa perfect, mak kita sentiasa betul, bapa kita sentiasa betul, sentiasa betul.. *
             
Copy/paste from Th Filem Original..*



Sunday, 10 November 2013

Tahniah...!!!

Tahniah K.Han...*
Sedar tidak sedar cepat sungguh masa berlalu.. hari nie 10/11/2013 merupakan hari yang paling bermakna buat diriku kerana pertama kali dapat meghadari majlis konvokesyen akak senior.. tahniah yea k.han kerana berjaya menamatkan pengajian, gembira rasa di hati kerana dapat jadi tetamu jemputan.. terharu pun ada juga tatkala melihat akak2 dan abang2 senior mendapat segulung ijazah.. tiba-tiba air mutiara jernih ku mengalir dan terdetik di hati bilalah pula tiba giliran buat diriku ini.. Ya Allah.. permudahkanlah urusan ku ini.. perkenankanlah doaku Ya Allah untuk membahagiakan ayah dan ibuku.. buat Mak dan Ayah... maaf dari diri ini kerana tidak bisa menjadi anak yang terbaik, Insyaallah akan kak cuba berusaha untuk menjadi yang terbaik.. sentiasa mendoakan kejayaan diri ini supaya berjaya di dunia & di akhirat.. *