Sunday, 9 June 2013

PESANAN RASULULLAH S.A.W.. BUATMU WANITA..



PERTAMA
~ Dari Aishah R.A. bahawa adiknya Asma pernah datang menghadap Rasulullah s.a.w dengan pakaian yang nipis .. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seseorang wanita telah baligh tidak boleh lagi terlihat (auratnya)... kecuali ini & itu  Rasulullah s.a.w menunjukkan pada muka & tapak tangan Baginda”. (HR Abu Daud)
KEDUA
~Rasulullah s.a.w bersabda “sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat)... yang condong kepada maksiat & menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga & tidak akan mencium baunya” (HR muslim).
KETIGA
~ Rasulullah s.a.w bersabda  “Tidak dibenarkan seseorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri muhrim. (HR Bukhari Muslim). Rasulullah s.a.w bersabda “ tidak berdua-duaan seorang lelaki & wanita melainkan yang ketiganya syaitan” (HR Ahmad, Tirmizi dan Hakim).
KEEMPAT
~ Setiap wanita mana sahaja yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati satu kaum...supaya mereka tercium bau wanginya itu bererti dia telah berzina”.  (HR Ahmad).

Sayangkan agama Allah s.w.t, sayangkan Rasululullah s.a.w.. marilah bersama-sama kita mengubah cara berpakaian kita, penampilan kita.... redha Allah s.w.t yang kita cari...niat & ikhlaskan hati... berubahlah walaupun sedikit demi sedikit... INSYA-ALLAH... Allah s.w.t akan mempermudahkan kita semua ke arah kebaikkan, janji niat kita yang ikhlas untuk berubah kerana Allah s.w.t-... pesanan ini buat diriku jua....  hargailah dirimu wahai wanita... sesungguhnya baginda Rasululullah s.a.w pernah menangis kerana kita dan baginda Rasul teramat sayangkan kita semua (wanita).... semoga menjadi muslimah yang sejati... seindah-indah perhiasan di dunia, adalah wanita solehah.... biarlah kita panas di dunia hari ini kerana menutup aurat daripada panas di akhirat menanggung azab kerana tidak menutup aurat... =)

~tertarik dengan kata2...
Biarlah kita tidak HOT di dunia dengan pakaian berbagai macam pakaian yang beraneka ragam dan bentuk asalkan kita tidak HOT di dalam api neraka nanti...  Nauzubillah...!!








No comments:

Post a Comment