Assalamu’alaikum.. w.b.t... Bismillahirahmannirrahim
p/s: niatkan bacaan ini kerana Allah n ilmu-Nya yg luas. semoga perkongsian ini mjadi saksi kita di hari perhitungan kelak. jzkk.. (^_^)
p/s: niatkan bacaan ini kerana Allah n ilmu-Nya yg luas. semoga perkongsian ini mjadi saksi kita di hari perhitungan kelak. jzkk.. (^_^)
________________________________________
Uwais al-Qarni adalah di kalangan
tabi’in (hidup selepas kewafatan
Rasulullah SAW, dan bertemu dengan
para sahabat). Sejak dilahirkan
beliau berpenyakit sopak dan
ayahnya telah meninggal dunia. Ibunyalah
yang menjaganya sejak kecil
sehingga beliau dewasa.
Uwais al Qarni adalah seorang
tabiin yang namanya disebut di dalam
wasiat Baginda SAW yang
disampaikan kepada Saidina Umar al-Khattab dan
Saidina Ali KaramAllahu wajhah.
Baginda SAW berpesan:
“Di zaman kamu nanti akan lahir
seorang insan yang doa dia sangat
makbul. Kamu berdua pergilah cari
dia. Dia akan datang dari arah Yaman
dan dia dibesarkan di Yaman. Dia
akan muncul di zaman kamu, carilah
dia. Kalau berjumpa dengan dia
minta tolong dia berdoa untuk kamu
berdua.”
Lalu Saidina Umar dan Saidina Ali
bertanya: “Apakah yang patut saya
minta daripada Uwais al-Qarni, Ya
Rasulullah? Nabi SAW menjawab: “Kamu
minta kepadanya supaya dia berdoa
kepada Allah (SWT) agar Allah (SWT)
ampunkan dosa-dosa kalian”.
Setelah Baginda SAW wafat, Saidina
Umar dan Ali menunggu-nunggu
kafilah yang datang dari arah
Yaman. Sehingga akhirnya mereka bertemu
dengan Uwais al-Qarni.
Jika dilihat dari pandangan orang
biasa, Uwais al-Qarni tiada
ciri-ciri istimewa kerana dari
pandangan luaran beliau seperti orang
yang tidak sempurna akal, tetapi
beliau ada sesuatu yang kita tidak
ketahui..
Kisah Uwais al-Qarni
Beliau mempunyai seorang ibu yang
sudah uzur dan lumpuh. Ibunya
mempunyai hajat untuk menunaikan
haji di Mekah. Namun dengan kudrat
yang sebegitu, ibu Uwais tidak
mampu untuk ke Mekah berjalan seorang
diri. Lalu dia mengutarakan
hasratnya kepada Uwais supaya
mengikhtiarkan sesuatu agar dia
boleh dibawa ke Mekah menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais
tidak berdaya untuk mencari
perbelanjaan untuk ibunya kerana
pada zaman itu kebanyakan orang untuk
pergi haji dari Yaman ke Mekah
mereka menyediakan beberapa ekor unta
yang dipasang diatasnya “Haudat”.
Haudat ini seperti rumah kecil yang
diletakkan di atas unta untuk
melindungi panas matahari dan hujan,
selesa dan perbelanjaannya mahal.
Uwais tidak mampu untuk menyediakan
yang demikian, unta pun dia tidak
ada, nak sewa pun tidak mampu.
Ibunya semakin tua, lalu ibunya
berkata: “Anakku mungkin ibu dah tak
lama lagi akan bersama dengan
kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat
mengerjakan haji”.
Uwais mendapat satu ilham... Dia
membeli seekor anak lembu yang baru
lahir dan dah habis menyusu. Dia
membuat sebuah rumah kecil (pondok)
di atas sebuah “Tilal” iaitu
sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk
lembu itu di atas bukit).
Apa yang dia lakukan, pada petang
hari dia dukung anak lembu itu untuk
naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya
dia dukung lembu itu lagi turun
dari “Tilal” untuk diberi makan.
Itulah yang dilakukannya setiap hari.
Ada ketikanya dia mendukung lembu
itu mengelilingi bukit tempat dia
beri lembu itu makan.
Perbuatan yang dilakukannya ini
menyebabkan orang ramai mengatakan dia
gila. Memang pelik, buatkan rumah
untuk lembu di atas bukit, kemudian
setiap hari usung lembu, petang
bawa naik, pagi bawa turun bukit.
Tetapi sebenarnya niatnya baik.
Kalau lembu kita buat begitu pagi
sekali petang sekali daripada
lembu yang beratnya 20 kilogram, selepas
enam bulan lembu itu sudah menjadi
100 kilogram. Otot-otot tangan dan
badan Uwais menjadi kuat hinggakan
dengan mudah mengangkat lembu
seberat 100 kilogram turun dan
naik bukit.
Selepas lapan bulan dia buat
demikian telah sampai musim haji,
rupa-rupanya perbuatannya itu
adalah satu persediaan untuk dia membawa
ibunya mengerjakan haji. Dia telah
memangku ibunya dari Yaman sampai
ke Mekkah dengan kedua tangannya.
Dibelakangnya dia meletakkan
barang-barang keperluan seperti air, roti
dan sebagainya. Lembu yang
beratnya 100 kilogram boleh didukung dan
dipangku inikan pula ibunya yang
berat sekitar 50 kilogram.
Dia membawa (mendukung dan
memangku) ibunya dengan kedua tangannya
dari Yaman ke Mekah, mengerjakan
Tawaf, Saie dan di Padang Arafah
dengan senang sahaja. Dan dia juga
memangku ibunya dengan kedua
tangannya pulang semula ke Yaman
dari Mekah.
Pulang sahaja ke Yaman, ibunya
bertanya: “Uwais, apa yang kamu berdoa
sepanjang kamu berada di Mekah?”.
Uwais menjawab: “Saya berdoa minta
supaya Allah (SWT) mengampunkan
semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana
pula dengan dosa kamu”.
Uwais menjawab: “Dengan terampun
dosa ibu, ibu akan masuk syurga,
cukuplah ibu redha dengan saya,
maka saya juga masuk syurga”.
Ibunya berkata lagi: “Ibu nak
supaya engkau berdoa agar Allah (SWT)
hilangkan sakit putih (sopak) kamu
ini”.
Uwais kata" “Saya keberatan
untuk berdoa kerana ini Allah (SWT) yang
jadikan. Kalau tidak redha dengan
kejadian Allah (SWT), seperti saya
tidak bersyukur dengan Allah (SWT)
Ta’ala”.
Ibunya menambah: “Kalau nak masuk
syurga, kena taat kepada perintah
ibu, Ibu perintahkan engkau
berdoa”.
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan
melainkan mengangkat tangan dan
berdoa. Uwais berdoa seperti yang
ibu dia minta supaya Allah (SWT)
sembuhkan putih yang luar biasa
(sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi
kerana dia takut masih ada dosa
pada dirinya dia berdoa:
“Tolonglah Ya Allah (SWT) kerana
ibu aku suruh aku berdoa hilangkan
yang putih pada badanku ini
melainkan tinggalkan sedikit”.
Maka, Allah (SWT) memakbulkan
doanya dan menghilangkan penyakit sopak
di seluruh badannya kecuali
meninggalkan setompok di bahagian
lehernya. Dan tanda itulah yang
disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada
Saidina Umar al-Khattab dan
Saidina Ali untuk mengenali Uwais
al-Qarni.
Setelah ibunya meninggal, Uwais
menjadi seorang yang soleh dan
darjatnya ditinggikan sehingga dia
menjadi seorang yang doanya paling
makbul.
Apabila bertemu dengan Uwais
al-Qarni, mereka berdua pun meminta Uwais
mendoakan supaya dosa mereka
berdua diampunkan, maka Uwais pun
mendoakan mereka berdua.
Doa paling utama
Ibrah dari kisah Uwais al-Qarni
dan pertemuannya bersama Saidina Umar
al-Khattab dan Saidina Ali
menggambarkan kepada kita tentang
kepentingan doa untuk kita meminta
dosa kita diampunkan.
Jika dilihat secara logik, Aisyah
dan Umar serta Ali merupakan orang
yang sudah dijamin akan masuk
syurga, tapi mengapa Baginda SAW
menyuruh mereka berdoa untuk
diampunkan dosa.
Justeru nak menunjukkan kepada
kita tentang pentingnya doa ini. Selalu
kita meminta hal-hal dunia, tetapi
jarang kita menitikberatkan doa
supaya dosa kita diampunkan.
Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan
yang doa amat mudah dimakbulkan,
Rasulullah SAW selalu berkata kepada
isteri-isteri Baginda SAW dan para
sahabat:
فيعجبا لمن أدرك رمضان فلا يغفر
الله
“Alangkah hairannya (ajaibnya)
bagi orang yang telah sampai umurnya
kepada menjelang Ramadan, apabila
habis Ramadan dosa-dosanya tidak
diampunkan”
Aisyah RA teringin sangat bertemu
malam al-Qadr,lalu dia bertanya
kepada Nabi SAW: "Bilakah
berlaku malam Qadar?”
Nabi SAW bertanya kepada Aisyah RA
semula: “Apa yang kamu nak buat
bila kamu bertemu dengan malam
Qadar?”.
Aisyah RA menjawab: “Saya tak
tahu”
Kemudian Aisyah bertanya lagi:
“Apakah yang patut saya buat bila
bertemu dengan malam Qadar itu?”.
Nabi SAW berkata kepada Aisyah:
“Malam itu malam yang amat baik untuk
beramal di malamnya dan amat mudah
dimakbul Allah (SWT) doanya”.
Aisyah bertanya lagi: “Apakah doa
yang paling baik untuk aku berdoa
pada malam itu?”
Nabi SAW menjawab: “ Kalau kamu
sempat berjumpa dan mengetahui malam
itu ialah malam Qadar berdoalah
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف
عني
(Allahumma innaka ‘afuwwun karimun
tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni)
“Ya Allah (SWT), Engkaulah Tuhan
yang Maha Pengampun, Engkau sangat
suka mengampun maka ampunkanlah
dosa-dosa ku”
Oleh itu, doa yang paling utama
dan dikesempatan Ramadhan ini,
mohonlah keampunan sebanyaknya kepada
Allah SWT dengan doa yang telah
Nabi SAW ajarkan kepada Saidatina
Aisyah RA.
Semoga amalan kita diterima dan
tidak tergolong dalam golongan yang
Nabi SAW katakan tentang
kehairanannya apabila sudah masuk Ramadhan
dosa-dosa golongan ini tidak
diampunkan.
تقبل الله منا ومنكم.. آمين يا رب
العالمين
Wallahu a’lam.
Kisah selanjutnya
Uwais hanyalah seorang pengembala
kambing biasa. Sekali pandang, tiada
apa yang istimewa tentang pemuda
ini. Namun, dia mencatat sejarah
hebat di kalangan manusia. Malah,
baktinya yang tersembunyi mengangkat
dirinya ke martabat yang amat
tinggi. Sehingga Rasulullah SAW sendiri
mengiktiraf bahawa memang benar
Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit,
bukan manusia di bumi!
Ketika zaman Nabi Muhammad SAW,
Uwais Al-Qarni tinggal di negeri
Yaman. Hidupnya sangat fakir dan
dalam keadaan yatim. Dia cuma tinggal
bersama seorang ibu yang sudah tua
dan lumpuh.
Malahan, ibu tua itu telah buta
dan hanya bergantung harap pada Uwais
untuk menguruskan kehidupannya. Di
situlah mereka dua beranak
meneruskan kehidupan tanpa ada
sanak saudara. Walaupun miskin, Uwais
kaya dengan budi bahasa dan
amanah.
Justeru, dia menjadi kepercayaan
orang untuk menjaga ternakan mereka
pada waktu siang. Upah yang
diterima hanya cukup untuk menampung makan
pakai mereka sehari-hari. Jika ada
terlebih, Uwais akan membantu
tetangganya yang hidup miskin dan
serba kekurangan seperti dirinya.
Selain itu, Uwais terkenal sebagai
seorang anak yang taat kepada
ibunya dan juga taat beribadah.
Dia seringkali berpuasa dan malam hari
masanya terisi dengan ibadah
solat-solat sunat dan tahajud kepada
Allah. Tatkala ibunya memerlukan
bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh
dan akan menguruskan ibunya
terlebih dahulu sebelum membuat perkara
lain.
Sebenarnya, Uwais ada menyimpan satu
keinginan. Dia ingin sekali
berjumpa sendiri dengan Rasulullah
SAW. Malah, hatinya merasa sedih
setiap kali mendengar cerita
jirannya yang dapat bertemu dengan
Rasulullah SAW. Apakan daya, dia
tidak boleh meninggalkan ibunya yang
uzur dan Uwais redha dengan
keadaan itu. Kecintaannya kepada
Rasulullah juga bukan
calang-calang.
Ketika mendengar Rasulullah SAW
tercedera dan gigi Baginda patah di
dalam perang Uhud, Uwais lantas
mengetuk giginya dengan batu sehingga
patah. Ini sebagai ungkapan
cintanya kepada Nabi Muhammad SAW
sekalipun dia tidak pernah bertemu
dengan Baginda. Kerinduan dan
kecintaan kepada Nabi SAW
menyebabkan dia bertanya sendiri, bilakah
dia akan bersua muka dengan
kekasih Allah yang agung itu.
Tetapi seketika kemudian, Uwais
kembali sedar bukankah tanggungjawab
utamanya adalah berbakti kepada
ibunya yang sudah uzur. Mana mungkin
dia tegar meninggalkan wanita itu
keseorangan. Lagipun, ibu itu amat
dikasihi dan dijaga bagai menatang
minyak yang penuh saban hari.
Sekian waktu berlalu, kerinduan
kepada Nabi SAW yang selama ini
dipendamnya tak dapat ditahannya
lagi. Pada suatu hari ia datang
mendekati ibunya, memberitahu
keinginannya dan memohon izin serta
restu agar dapat pergi menemui
Rasulullah SAW di Madinah.
Ibunya merasa terharu mendengar
permintaan Uwais dan berkata,
“Pergilah wahai Uwais, Temuilah
Nabi di rumahnya. Kelak, selesai
berjumpa dengan Baginda, segeralah
engkau pulang ke pangkuanku.”
Izin itu diterima Uwais dengan
gembira. Segera dia berkemas untuk
berangkat. Dia menyiapkan segala
keperluan ibunya dan berpesan kepada
jiran agar menemani ibunya selama
dia pergi. Sesudah bersalaman dan
mencium ibunya, Uwais pun
berangkat ke Madinah.
Setelah melalui perjalanan yang
jauh, akhirnya Uwais sampai di kota
Madinah. Dia terus menuju ke rumah
Rasulullah SAW dan mengetuknya.
Salamnya dijawab seorang wanita.
Itulah Siti Aisyah r.a. Dikhabarkan
Rasulullah tidak ada di rumah
kerana sedang berada di medan
pertempuran. Kecewalah Uwais. Dari
jauh dia datang namun Nabi tidak
dapat ditemuinya.
Kerana teringatkan ibunya yang
sudah tua, hati Uwais serba salah.
Perlukah dia menunggu Rasulullah?
Di telinganya terngiang-ngiang
kata-kata ibunya yang menyuruh dia
lekas pulang. Apa khabar ibunya
kini? Akhirnya kerana ketaatan
kepada ibunya, Uwais berangkat pulang
dengan segera.
Kepada Aisyah, dititipkan pesanan
dan salam untuk Rasulullah. Tidak
lama kemudian, Rasululullah SAW
pulang dari medan peperangan.
Kedatangan Uwais disampaikan oleh
Aisyah.
“Itulah Uwais Al-Qarni, anak yang
taat pada ibunya. Dialah penghuni
langit,” ujar Baginda SAW. Siti
Aisyah dan sahabat tertegun. Nabi
berkata lagi: “Kalau kalian ingin
berjumpa dengan dia, perhatikanlah
dia mempunyai tanda putih di
tengah telapak tangannya.”
Sesudah itu Nabi SAW memandang
kepada Ali ra dan Umar ra seraya
berkata: “Suatu ketika apabila
kalian bertemu dengan dia, mintalah doa
dan istighfarnya, dia adalah
penghuni langit, bukan orang bumi.”
Waktu terus berganti, dan Nabi SAW
kemudian wafat. Kekhalifahan Abu
Bakar pun telah digantikan pula
oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika,
khalifah Umar teringat akan sabda
Nabi SAW mengenai Uwais Al-Qarni,
penghuni langit. Beliau segera
mengingatkan kembali sabda Nabi SAW itu
kepada sahabat Ali bin Abi Thalib
ra.
Sejak saat itu setiap ada kafilah
yang datang dari Yaman, Khalifah
Umar ra dan Ali ra selalu
menanyakan mengenai Uwais Al Qarni, si fakir
yang tak punya apa-apa itu, yang
kerjanya hanya menggembalakan kambing
dan unta setiap hari. Mengapa
khalifah Umar ra dan sahabat Nabi, Ali
r.a, selalu menanyakan dia?
Rombongan kafilah dari Yaman
menuju Syam silih berganti, membawa
barang dagangan mereka. Suatu
ketika, Uwais Al-Qarni turut bersama
mereka. Rombongan kafilah itu pun
tiba di kota Madinah. Melihat ada
rombongan kafilah yang baru datang
dari Yaman, segera Khalifah Umar ra
dan Ali ra mendatangi mereka dan
menanyakan apakah Uwais Al-Qarni
turut bersama mereka.
Rombongan kafilah itu mengatakan
bahawa Uwais Al-Qarni ada bersama
mereka, dia sedang menjaga
unta-unta mereka di perbatasan kota.
Mendengar jawaban itu, khalifah
Umar ra dan Ali ra segera pergi
menjumpai Uwais Al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada,
Khalifah Umar ra dan Ali ra
memberi salam. Tetapi ketika itu Uwais
sedang solat.
Usai solat, Uwais menjawab salam
Khalifah Umar ra dan Ali ra sambil
mendekati kedua sahabat Nabi SAW
ini dan menghulurkan tangannya untuk
bersalaman. Sewaktu berjabat,
Khalifah Umar ra dengan segera
membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang
berada di telapak tangan Uwais,
seperti yang pernah dikatakan oleh
Nabi SAW.
Memang benar! Kelihatan tanda
putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni.
Wajah Uwais Al-Qarni tampak
bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi SAW
bahawa dia itu adalah penghuni
langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra
menanyakan namanya, dan dijawab,
“Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais,
mereka tertawa dan mengatakan,
“Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah.
Tapi siapakah namamu yang
sebenarnya? Uwais kemudian berkata: “Nama
saya Wajah Uwais Al-Qarni”.
Dalam perbualan mereka, dinyatakan
ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal
dunia. Itulah sebabnya, ia baru
dapat turut bersama rombongan kafilah
dagang saat itu. Akhirnya,
Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais
membacakan doa dan istighfar untuk
mereka. Uwais enggan dan dia
berkata kepada Khalifah, “Sayalah
yang harus meminta doa pada kalian.”
Mendengar perkataan Uwais,
khalifah berkata, “Kami datang ke sini
untuk mohon doa dan istighfar dari
anda.” Kerana desakan kedua sahabat
ini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat
tangan, berdoa dan membacakan
istighfar. Setelah itu Khalifah
Umar ra berjanji untuk menyumbangkan
wang negara dari Baitul Mal kepada
Uwais untuk jaminan hidupnya.
Segera sahaja Uwais marah dengan
berkata, “Hamba mohon supaya hari ini
saja hamba diketahui orang. Untuk
hari-hari selanjutnya, biarlah hamba
yang fakir ini tidak diketahui
orang lagi.”
Beberapa tahun kemudian, Uwais
Al-Qarni pun meninggal dunia. Anehnya,
pada saat dia akan dimandikan,
tiba-tiba sudah banyak orang yang
berebut-rebut untuk memandikannya.
Dan ketika dibawa ke tempat
pembaringan untuk dikafani, di
sana pun sudah ada orang-orang yang
menunggu untuk mengkafannya.
Demikian pula ketika orang pergi
hendak menggali kuburannya, di sana
ternyata sudah ada orang-orang
yang menggali kuburnya hingga selesai.
Ketika usungan dibawa menuju ke
perkuburan, orang berebut-rebut
mengangkat jenazah dan
mengiringinya.
Meninggalnya Uwais Al-Qarni telah
menggemparkan masyarakat kota Yaman.
Banyak terjadi peristiwa yang
menghairankan. Ramai orang yang tidak
dikenali datang untuk menguruskan
jenazahnya sehingga ke liang lahad
sedangkan selama ini Uwais
hanyalah seorang fakir yang tidak
dihiraukan orang.
Bermula saat dia dimandikan sampai
ketika jenazahnya hendak diturunkan
ke dalam kubur, di situ selalu ada
orang-orang yang telah siap
melaksanakannya terlebih dahulu.
Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya,
“Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais
Al-Qarni?
Bukankah Uwais yang kita kenal,
hanyalah seorang fakir, yang tak
memiliki apa-apa, yang kerjanya
sehari-hari hanyalah sebagai
penggembala kambing dan unta?
Tapi, ketika hari wafatmu, engkau
menggemparkan penduduk Yaman
dengan hadirnya manusia-manusia asing
yang tidak pernah kami kenal.
Mereka datang dalam jumlah yang
begitu ramai. Mungkin mereka adalah
para malaikat yang diturunkan ke
bumi, hanya untuk mengurus jenazah
dan pemakamanmu.”
Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni
dan peristiwa-peristiwa ajaib yang
berlaku ketika hari beliau wafat
telah tersebar ke serata tanah Yaman.
Baru hari itu mereka sedar siapa
sebenarnya Uwais Al-Qarni.
Di hari wafatnya, mereka mengakui
bahawa memang benar sebagaimana yang
telah disabdakan oleh Nabi SAW,
sesungguhnya Uwais Al-Qarni adalah
penghuni langit.
____________________________________________
Uwais Al-Qarni...
ReplyDeleteEngkau hanya seorang insan biasa
Dari kalangan bani Yaman
Di sisimu tiada punyai nama
Pangkat darjat mahupun kedudukan
Setianya Umar Ali menanti satu harapan
Kerna mengharapkan pengampunan
Seperti mana yang telah dikhabarkan
Oleh utusan Rasul junjungan
*Keadaanmu di pandang hina
Kerna berpakaian serba kedhaifan
Namun begitu kau sentiasa melemparkan
Pandanganmu ke tempat sujudmu
/: Wahai Uwais kekasih Allah
Sunyinya namamu di dunia
Tetapi terkenal namamu di sana
Sehingga Rasul menyintaimu
Beruzlah dirimu dari manusia
Kerna ingin mengabdikan pada-Nya
Bagimu merasa aman bersama-Nya
Bagaikan Alam Adalah Diri-Nya..
Lirik : Nasyid Uwais Al-Qarni-ARE-BUDDY