Tuesday, 25 June 2013

Tazkirah sempena Ramadhan (Bulan Mulia)



Detik awal tatkala menunaikan ibadah puasa merupakan saat-saat yang begitu sukar untuk dihadapi...

Ianya turut dirasai oleh Baginda Rasulullah (s.a.w) dan isterinya, Aishah (R.A) ..


Hayati & renungkan sejenak... ~bersama-sama kita ambil manfaat dari kisah baginda Rasul....

Hari pertama...

Rasulullah s.a.w. : Wahai isteriku ... apakah ada sedikit makanan untuk kita berbuka hari ini?”
Aishah (R.A.) : “ya Rasulullah .. tidak ada sesuatu pun yang berbaki, bukankah kita telah memakan kurma tersebut ketika sahur semalam?”.
Rasulullah s.a.w : “Tak mengapalah ... jika begitu kita berbuka sahaja dengan air kosong.”

Hari kedua...

Aishah (R.A) : “Ya Rasulullah ... aku terjumpa sebiji kurma di dalam poket jubahmu!”
Rasulullah s.a.w : “Alhamdulillah... mari aku belah kurma itu, separuh untukmu dan separuh untukku.”
Aishah (R.A) : “Ya Rasulullah.. separuh ini masih tidak cukup...”
Rasulullah s.a.w : “Ambillah separuh lagi dari bahagian kurma yang ada padaku ini...”

Hari Ketiga...

Aishah (R.A). : “Ya Rasulullah .. daku berasa amat lapar .. tidakkah ada di kalangan sahabat yang engkau temui tadi memberi sedikit makanan kepadamu?”
Rasulullah s.a.w : “Tidak ada Aishah ... sedangkan mereka juga seperti kita, mengharapkan sesuatu untuk diberikan.. jika engkau tidak mampu maka berbukalah.”
Aishah (R.A). : Aku akan terus bertahan sebagaimana engkau masih berpuasa....”
Rasulullah s.a.w : “Wahai Aishah nanti ambillah beberapa biji batu untuk diikat diperutmu agar engkau dapat menahan sedikit kelaparan itu....”

~Tatkala itu Aishah (R.A) terlihat di perut Rasulullah s.a.w telahpun terikat ketulan-ketulan batu dengan ikatan 2 helai kain serban baginda.

Hari Keempat...

Rasulullah (s.a.w) sekembalinya ke rumah terlihat Aishah (R.A) terbaring tidak berdaya.. sedangkan baginda sendiri  merasai lapar yang teramat sangat.

Lantas baginda mengangkat tangan memohon doa agar dikurniakan sedikit rezeki.. setelah beberapa ketika dengan Takdir Allah Taala, datanglah seorang sahabat ke rumah baginda dengan membawa makanan untuk dihadiahkan kepada baginda....

Begitulah keadaan puasa Rasulullah (s.a.w) .. seorang Rasul .. seorang Kekasih Allah... .. bagaimana pula dengan kita???

Semoga dengan Ibrah Rasulullah s.a.w ini memberi  kita  SEDIKIT semangat dan kekuatan dalam menjalani Ibadah puasa dengan PENUH tawaduk DAN RASA KEHAMBAAN KEPADA Allah s.w.t.. Insyaallah... SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA SAHABAT2 FACEBOOK & TWITTER....






1 comment:

  1. Salam alayk...

    Ya Rabb..Ya Allah..
    mengharap pada Ramadhan yang tiba..
    moga kali ini lebih baik dari sebelumnya..
    sampaikan kami hamba2-Mu pada Ramadhan ini...
    marhaban ya ramadhan...

    selamat menyambut Ramadhan..
    kepada semua.. hargailah ia.. mungkin ini yang terakhir kalinya sebelum datangnya Ramadhan yang akan datang... Hanya Allah yang Tahu...
    ayuh...bersama mencari rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka..

    dan..
    buat semua..
    hargailah masa lapang sebelum datangnya waktu sempit..
    Wal'Asr.. demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian... salam ramadhan

    ReplyDelete