Monday, 20 May 2013

diriMu... iNsan istimewa...!!!



wanita yang solehah itu ibarat bunga yang wangi, pokok yang apabila digoncang akan menggugurkan buah dan kebaikan. Sang Isteri yang solehah apabila dia dimarahi suami maka dia akan segera memperbaiki diri, lalu segera pula memujuk kembali suami sehingga masing-masing gembira kembali...!!
Anas bin Malik menyatakan Nabi Muhammad bersabda: “Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dia kehendaki,” Riwayat Abu Na’im.

Diriwayatkan oleh Anas RA bahawa Nabi Salallahualaihiwasallam bersabda : 'Mahukah kamu aku beritakan tentang wanita dikalangan kamu yang akan berada di syurga? Sahabat menjawab : Sudah tentu Ya Rasulullah. Baginda bersabda : 'Perempuan yang penyayang dan yang ramai anak apabila dia marah atau dilayan buruk atau dimarahi oleh suaminya maka dia pun berkata : Ini ialah tanganku pada tanganmu, aku tidak akan dapat pejam mata sehingga engkau mahu redha (padaku). [riwayat Al-Tabaraani dalam Mu'jam Al-Awsat]
Subhanallah...begitu besar ganjaran Allah s.w.t terhadap wanita...  beruntung seorang isteri jika mentaati suaminya... ^ _ _^


No comments:

Post a Comment