Monday, 20 May 2013

Kisah kerinduan sebatang pohon kurma kepada Rasulullah s.a.w.




pohon kurma
~bahawasanya batang pohon kurma itu adalah tumbuhan yang telah mati kering dijadikan sebagai tiang masjid dan Rasulullah s.a.w berpaut padanya ketika berkhutbah. Apabila bertambah ramainya kaum muslimin, maka baginda Rasulullah s.a.w menggunakan mimbar supaya dirinya dapat dilihat oleh para kaum muslimin tatkala menyampaikan khutbah (hari jumaat). Setibanya hari jumaat, Rasulullah s.a.w melewati di tepi batang pohon kurma dan terus melepasinya sehingga naik ke mimbar dan terus memberikan salam lantas diikuti dengan azan kemudiannya baginda Rasulullah s.a.w memulakan khutbahnya, ketika Rasulullah s.a.w menyampaikan khutbah, para sahabat mendengar tangisan yang hampir sama dengan tangisan anak kecil yang sedang kehilangan ibunya dan mulalah suara tangisan itu semakin kuat dan membuatkan para sahabat menoleh ke kanan & kiri sambil berkata “dari mana datangnya suara tangisan ini sedangkan baginda Rasulullah s.a.w sedang berkhutbah”. Apabila suara tangisan itu kedengaran mulai kuat, sedikit demi sedikit...lantas para sahabat terus menoleh dan dalam masa yang sama telinga mereka (para sahabat) jelas mendengar suara tangisan itu yang datangnya dari batang pohon kurma yang mana sebelum ini menjadi tempat baginda Rasulullah s.a.w berdiri dan berpaut padanya. Kedengaran suara tangisan itu semakin kuat tatkala baginda Rasulullah s.a.w sedang menyampaikan khutbah, disebabkan rasa sedih dan tidak sanggup untuk berpisah dengan baginda Rasulullah s.a.w. walaupun perpisahan tersebut tidak terlalu jauh, sekadar hanya lapan langkah sahaja di antara batang pohon kurma dengan mimbar Rasulullah s.a.w. Lantaran disebabkan rasa sedih yang teramat sangat kerana berpisah dengan baginda Rasulullah s.a.w maka kedengaran lagi suara tangisan pohon kurma itu yang teramat kuat kalinya kendengaran sehingga menyebabkan para sahabat tidak dapat lagi mendengar khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w...lantas baginda Rasulullah s.a.w pun berhenti dalam menyampaikan khutbahnya dan baginda Rasul pun turun dari mimbar dan terus menuju ke arah pohon kurma tersebut. “Perawi hadis ada berkata... “Rasulullah s.a.w mengusap batang pohon kurma itu dengan tangan baginda seperti perbuatan seorang ibu kepada anaknya apabila menangis”. Kemudiannya suara tangisan itu mulai perlahan sedikit... demi sedikit.. sehingga ianya senyap.. Lantas Rasulullah s.a.w pun bersabda dan ada sesetengah riwayat menyebut bahawasanya Rasulullah s.a.w memberikannya dua pilihan sama ada ingin hidup di dunia sehingga hari kiamat ataupun bersama Rasulullah s.a.w di syurga nanti.. maka dipilihnya untuk bersama dengan baginda Rasulullah s.a.w di syurga nanti....

Subhanallah...  begitu sedih & sayangnya batang pohon kurma tersebut untuk berpisah dengan baginda Rasulullah s.a.w... Berapa ramaikah dari kalangan kita pada hari ini merindui Rasulullah s.a.w ..??? Tepuk dada, tanyalah iman kita., tumbuhan seperti (batang pohon kurma) pun tidak sanggup untuk berpisah dan terlalu kasihnya terhadap baginda Rasulullah s.a.w... Adakah cinta, kasih & sayang kita sehebat batang pohon kurma tersebut?? Renung2kan... p/s : buat diriku jua....  
~Hasan al-basri r.a.h yang merupakan ketua tabi’en, pernah tinggal di Basrah...di mana beliau sendiri tidak pernah berjumpa dengan baginda Rasulullah s.a.w tetapi apabila menyebut kisah ini beliau menangis sambil berkata “wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya batang pohon kurma ini, “dia” adalah benda mati yang sebelum ini adalah tumbuhan, sesungguhnya dia telah menangis meratap terhadap Rasulullah s.a.w dan dia tidak mampu untuk berpisah dengan baginda Rasul sekalipun, walau hanya lapan langkah sahaja.. Apakah hati kita semua tidak merindui Rasulullah s.a.w.??!

Insyaallah, sekian dari diri ana yang masih dahagakan ilmu”.. moga2 dengan sedikit cerita mengenai kerinduan pohon kurma ini terhadap baginda Rasulullah s.a.w dapat memberi ikhtibar buat diri kita semua & jadikanlah diri kita umpama pohon kurma tersebut yang sayangkan baginda Rasulullah s.a.w. Sayangkan baginda Rasul dengan mengamalkan segala sunnah-sunnah Baginda.. Insyaallah .. Sekiranya terdapat kesalahan & kekhilafan dalam kisah yang ana nukilkan ini, ana memohon seribu kemaafan.. dan ana dengan berbesar hati mohon jasa baik dari ustaz @ ustazah & sahabat2 untuk memperbetulkan kesilapan ana... insyaallah... syukran... ^_ _^



No comments:

Post a Comment