Dia duduk menghadap laptop di hadapannya.
Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah
bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada
Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun
dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang,
maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan
laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini
pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang.
Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk
kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana
perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh
sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah
habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti
Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk
dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku
– dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia
dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala
Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak
gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh. “abang dengar tak?”. Macam cakap
dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu
keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam
sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan
mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di
sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana
surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung
labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?”
Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta
awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta
abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm
refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu
macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok
kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu
isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih
tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman
melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak
kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah
panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana
tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu
Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni
dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan
orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di
matikan. _________________________________ Malam itu Aiman duduk di ruang tamu
menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat
itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari
isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah
makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan
aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong!
Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah
Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah?
Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan
sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau
buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka
berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu
hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai
buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?”
Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di
sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan
tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat
macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba
pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah.
“hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap
melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran
dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?”
“Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat
sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga
tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang
Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang
buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa
awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam
sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.”
Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah
bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau
isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah
tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat
ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis,
kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari
dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati
Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak
tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.” “maaf
ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa
bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je.
Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop.
“abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman
senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum.
_____________________________________ “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman
mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata
Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur
ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai
itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh
ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap
pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi
surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah
ada perubahanlah abah ! _________________________________ “ustaz.” Panggil
Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu
menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya
upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga.
Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari
surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman
menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.”
Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk.
“baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun
senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam
Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga
kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara.
Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil
dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi.
“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan
Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar
agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu
berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya.
Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan
tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut
Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.!
“seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je
tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan
isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman
memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam.
“tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik
muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.” __________________________________
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik
mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya
dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon
isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.
Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah
masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah
sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya
senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada
kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah
bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut
abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga
diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi.
“awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “
abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur
baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman
senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman
ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman
hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah
dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang
ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai
syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman
isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret
bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka
bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada
ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang
hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak
perasan). Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan
isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh,
tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru
perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya.
“jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa
sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh
ruang tamu. Kemas dan bersih. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa.
Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang
nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut.
“thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk
di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap
Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak.
“ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang
ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di
letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga
nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa
yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru
pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak
tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu
apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya
memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak
ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya.
Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download
tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum. Sungguh dia tak pernah buat benda
luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin
selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini
“Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa
macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih
panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan
dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata
perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari
Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke
dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu. Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta
kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi
selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone
itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba
mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun
dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik.
Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi
kita keluar.” Syahirah memandang Aiman. “Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.”
Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun
untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah
tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.”
“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang
ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa
abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya
senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku
Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan
dalam kedai buku itu. “ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak?
Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay.
Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang
tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan
buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman
membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja
kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan
wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?”
“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun
alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack,
isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match.
Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman,
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk
perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki
yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
_________________________________________________ Aiman sibuk membuat kerjanya
di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru,
banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman
senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman
mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah
dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik
tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak
penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik.
Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..”
terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from
Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di
perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil
tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja
yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur. Mungkin penat sangat. Aiman
senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman
menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya
hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis
stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul.
Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!”
tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami
Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap. Selepas
pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar
tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat
kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.
“abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang
sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak
tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “
Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak
tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari
pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi.
Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?”
“kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia
yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya? Aiman mengambil
briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya
itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah
seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya
membawa kereta dia. _____________________________ “Along.. tolonglah jangan
buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman
melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak
melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak
Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah
pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku
pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas
tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman
dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak
adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah
berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang
tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik
dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah. Syahirah sedaya
upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di
sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni
mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu
masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang
iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia
muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman.
“saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya
keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah
sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah
beratnya dugaan-MU… Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat
rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia
memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia
termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan
tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu.
“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati
abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah
senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak
tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang…
biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya
nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir.
Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi
Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat
ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh
Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan
janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di
pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya
kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping
abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along
dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa
saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA….
Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di
matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3
tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3)
Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1)
Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang
menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut
berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana
takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada
Allah s.w.t. “Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.”
Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat
Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk
sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh
tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia
balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini
dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka
surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia
dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram
api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita
sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak
berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang
banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat
pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil
syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah
tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
_________________________ Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah. Aiman
membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to
voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms).
Comel je isterinya itu merajuk. Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit. Syarikat abang dah okay? – Syahirah. Doakanlah ada projek
yang masuk. – Aiman Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki.
insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.
____________________________________ “Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon
ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu
buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah
baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas.
Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya.
Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah
air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya
tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah.
Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi
saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai
seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman
masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka.
“abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang
terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan
nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang
abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi,
umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya
ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu.
Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.”
Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.
“Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” _________________________________ “saya
sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk
pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak
juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang
suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk
apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya
lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa
inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum.
“saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman
mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.”
Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..”
“kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi
untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia
rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu,
dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas
setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini.
Aiman memandang Syahirah sekilas. “sayang..mana awak dapat wang banyak macam
itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari
langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar
pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu.
Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di
restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk.
Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut
tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu
melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak
tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah
biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang
duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni,
panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba
melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak
buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba
hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah
menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah
lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa
sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai
berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30
pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak
sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.” Sebelum
turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman.
“mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi.
Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan
membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau
saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah
akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua
makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta
maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya
ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang
soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh
dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat
rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.”
“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.”
_____________________________ Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah
selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang
mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari
masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng.
Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari
ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang
!!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan
pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang
telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang
membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan. ********** Aiman terpisat-pisat
bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang
yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman
memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau.
Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman
tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia.
Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut
melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota
polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata
berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu
abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang
di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya,
umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan
kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata
merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!!
Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU
berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya
Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya
makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di
penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran
akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran
senyap. Air matanya bergenang. Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?”
Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa
banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran
bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air
mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah
ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji
Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya
itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal
dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya
melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin
yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah.
Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat
bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak
berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman
pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu.
warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU
melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran.
‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir
sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
________________________________ Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar
SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar
MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar
TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. “Alhamdulillah.”
Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat
wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah
tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu
itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya
Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia
hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah
berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya
senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir
sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital. Aiman terkejut. “abi,
kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya
menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia
merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk
menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman
melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut
Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah
kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir
di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat
Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala
isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat
lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia
menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.”
“bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah
di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran. “tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman
mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya
Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata
lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya
memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak
ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita
dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone
itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar
mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni
rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus
begini….. Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di
sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun
setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali
ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya
berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia
kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut
ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk
membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya.
Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal
bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum.
“ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.”
“pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya
pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
_________________________________ Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan
masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di
pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk
masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang
lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.”
Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.”
“anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12
tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik
balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca
matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak.
Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang
jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.”
Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa
tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya
Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring
ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang.
Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap
bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal
abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan
Aiman agar mengikutinya. ___________________________________________ Lemah
lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka
bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya
jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je
lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi
mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk
bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia
menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak
kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah. Assalammualaikum –
alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita
boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan
dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat
mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita?
wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti.
Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang
kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan
kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu
pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahualam
No comments:
Post a Comment