Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang wanita Islam, mula
dari lahir hingga sekarang betapa terlalu banyak nikmat yang kukecapi dari
kurniaan Allah s.w.t. Tiada satu pun yang terpaksa ku bayar terhadap
pemberiaanNya itu.
Sehingga sekarang aku berada di IPTA. Aku terus memasuki satu
pertubuhan yang secucuk dengan jiwa naluriku yang memang bersih dan kenal Tuhan
sejak dari asal kejadiannya. Oleh kerana banyak hijab dengan dunia fana aku
jadi lupa dan seolah-olah tidak kenal akan Dia Yang Maha Pencipta. Kini aku
mesti terus berusaha mengikuti berbagai aktiviti dan program yang
mencederungkan diri kepada Tuhan.
Maka kini aku adalah ahli Jawatankuasa Surau Cempaka di Unimas. Ku
harap pergerakan ini akan terus hidup di bawah bimbingan dan paung-payung tuan
pemilik yang mempunyai kesedaran sebenar untuk menunjuk kami semua ke jalan
yang benar, tidak terpengaruh dengan berbagai hasutan dan godaan hidup dunia
yang menyesatkan. Aku tidak akan sekali-kali terpengaruh dengan budaya-budaya
manusia tidak bertuhankan Allah seperti budaya Barat/Kuning yang sangat
menjijikkan dan terlalu rendah moral dan lari dari landasan kehidupan yang
disunnahkan oleh Nabi dan para anbia’ Allah SWT.
Ilmu ugama sangat luas, carilah berbagai pengetahuan akhirat di
dalam berbagai buku-buku dalam pasaran, mulakan dari sekarang kepada
rakan-rakan semua bacalah buku-buku ugama. Terdapat beribu-ribu buku yang
sesuai untuk remaja seperti kita dalam bidang ugama, berbagai ilmiah akhirat di
tulis oleh orang yang cerdik pandai tentang keugamaan, maka ambillah peluang
semasa lapang, aman, sihat dan umur masih ada ini untuk mentelaah sebanyak
mungkin. Jadikan ia satu hobi dan tabiat yang tidak boleh dilupa nescaya kita
akan merasa kemanisan hidup dan ketenangan semasa membacanya.
Percayalah wahai rakan-rakan taulan………………………………………….
Membaca
adalah pelita hati, hidup hati dek kerana nur/ilmu akhirat yang diberkati Allah
begitulah sebaliknya seandainya kita kurang pengetahuan ugama dan tidak
cenderung untuk mencari ilmu akhirat sesungguhnya menunjukkan kita memiliki
hati yang gelap atau buta samasekali. Saya berseru kepada rakan semua pandulah
hidup anda dengan ajaran-ajaran baik yang diberi oleh orang-orang yang berjasa
kepada kita iaitu guru yang menyedarkan hal kepentingan mencari bekalan hidup
di akhirat disamping memenuhi keperluan hidup kehidupan di dunia. Kerana sesungguhnya “Dunia adalah
jambatan ke akhirat”
“Ya Allah..lindungi aku dari perkara yang
tidak berfaedah,jauhi aku dari perkara yang tidak bermanfaat..kurniakan lah aku
rahmatMu dan pertolonganMu..semoga aku sentiasa di redhaiMu ya Allah..”
amin..ya Rabb...
Curahan rasa
: Insan kerdil … ATIKAH.
SuCiE/uNimas.
2011/2012
No comments:
Post a Comment