Monday, 20 May 2013

Secebis Tinta Buatmu~***



Sunday, April  30, 2012 3:20 Am .. 2011/2012… BARU UPDATE…..

Sedikit terlewat update… mohon maaf…. Sekadar ingatan untuk kita ‘’FRIEND”….

 First Time menjejakkan kaki ke pusat Pengajian Tinggi  yang lebih jauh dari rumah, aku menjadi agak gusar dan  gelisah. Bermacam-macam perkara yang bermain di fikiranku.
Bagaimana kehidupan aku selepas ini? Dapatkah aku sesuaikan diri dengan  keadaan di sana nanti? Maklumlah sepanjang hidup aku selama 20 tahun sebelumnya, aku pernah merasai pengalaman berada di asrama 2pun time Plkn dl, itupun  4 bulan lebih jer bagaimana pula tempat pengajianku mengambil  masa bertahun-tahun... hahaha… Tapi, sebenarnya aku agak 'excited' untuk merasai pengalaman baru seperti itu…  hehe.
Sahabat until JanNah

Tak sabar juga rasa di aty untuk mengetahui siapalah gerangannya yang bakal menjadi teman sebilikku nanti. Jadi semasa  pendaftaran kolej aku merancang untuk satu bilik dengan  orang Selangor  yang pertama kali ku kenal semasa sesi pendaftaran…. Namun ape kan daya.. aku hanya merancang tetapi perancangan Allah yang mengatasi segala-galanya… Sambil duduk di atas kerusi menunggu giliran untuk mengambil kunci bilik, aku sempat berborak dengan 5 kawan baru yang ku kenal yang berasal dari laen negeri, 3 orang sama negeri dengan ku., 2 lg dari Sarawak dan Terengganu… dalam asyik berborak bertukar-tukar cerita ,sehingga bertanya masing-masing dari Falkulti mana dan ‘course” ape!!!!…  Alhamdulillah …. dari berlima salah seorang sama falkulti dan  program denganku,,gembiranya rasa di hati sebab ada juga lah teman yang akan bersama denganku… apa lagi, aku mula lah “plan” unTuk satu bilik  dengannya…. Namun, apakan daya… apa yang ku rancang tidak menjadi kerana Allah sebaik-baik perancang.  Setibanya di meja pendaftaran akak tu memberikan ku kunci bilik kepada ku yang ber no. K10/A/2/12D dan akak tu menyuruhku tinggal dengan kawan yang baru ku kenal,,, lebih2 lg ianya sementalah sesame negeri denganku…. Maklumlah beru kenal,, masing2  terkelu xth nak cakap apa…  malu2 lah kononya….hehehe…

Aku memang seorang yang boleh ngan gan sape saja,, skl aku tegur panjang lebar cerita yang d bualkannya, maklumlah seorang yang suka cakap banyak. Jadi, seperti masih ada 'iceberg' yang mungkin belum pecah antara aku dengan nya pada semester pertama kita bersama. Ironinya hidup ini, tak sangka….,Allah itu perancang terbaik… nak satu bilik,, kononnya.. akhirnya dapat satu rumah dengan mereka berlima… Alhamdulillah…  . Pelbagai suka duka yang kami lalui tahun pertama. Semuanya banyak memberi pengajaran buatku. Terima kasih semua expecially buat RooMateku Noor Hazmayuzie Binti Rapien…

Tapi, akhirnya masa telah mengubah kita, setiap orang seperti sudah di'set'kan untuk jadual perjalanan kehidupan . Sewaktu makan bersama, tidur bersama, dan menonton cerita bersama… hehehe… ingat lagi x cerita yg bertitle ‘cun” 2????… hahaha,, sampai gelak terbahak2…serta macam-macam lagi bersama, saat-saat tersebut terasa tersangat indah. Apapun,'ukhwah fillah' sememangnya sangat memberi kesan kepada hati. Tikah  bukanlah sebaik mana, tapi yuzie tetap bersabar dengan tikah. Terima kasih .  Yuzie, semoga Allah panjangkan umurmu dalam kebajikan dan murahkan rezekimu dengan redhaNya. InsyaAllah, ukhwah fillah ilal jannah, (^_^)"

Kisah antara kita belum tamat lagi… Insyaallah… jika di rezekikan olehNya akan ku coretkan lagi di next sem seterusnya… sekian dahulu .. secebis tinta buatmu….. sekadar imbas kembali detik pertemuan kita….  3 sem lagi yg masih menanti…. Banyak lagi liku –liku kehidupan…. Onak dan duri terpaksa kita hadapi….=)

              Alhamdulillah… lancar jari ku menaip sebuah pengalaman antara aku dan kamu… terlebih dahulu mohon  seribu kemaafan kerna lewat menyambung cerita antara kita… Tahun pertama sudah berlalu…. Dan syukur Alhamdulillah kita masih bersama untuk Tahun 2 semester 4 yang bakal menjelma tidak lama lagi… banyak suka dan duka antara kita pada semester 3….  First sampai di kolej cempaka pada 8/9/2012 kebetulan jatuh pada hari minggu… maklumlah pejabat kolej tutup… Alhamdulillah … kita bermalam di surau muslimat… dalam keadaan kita berdua pada ketika itu .. bimbang juga takut jadi2 ape… namun kuatkan semangat dan berserah kepada Allah s.w.t…. keesokannya harinya kita bersama-sama pergi mendaftarkan diri di pejabat kolej… terkejut… kerana selama ini kita bersama tetap akhirnya kita di pisahkan…. Alamak…. !!!!   …… tengok2…  yuzie dan tikah kena dipisahkan…. Yuzie dapat bilik double… tikah dapat bilik single….. hahaha… bermulalah plan dan idea untuk tukar bilik… namun apakan daya pujuk rayu di buat namun tidak dilayan..huhuhu…. kesiannn!! mungkin ada hikmah di sebaliknya…  kesepian di hati turut terasa kerana berpisah dengan Roomateku… yang  8 bulan lebih bersama … terasa sunyi di hati… hahaha… xlena tidurku di buatnya….  Seminggu berlalu barulah tidurku lena…. Semester 3 merupakan sem yang paling sedih kerana tidak selalu bersama dan berjumpa… al-maklumlah masing2 lain2 falkulti…. Lau jumpa hari minggu jer la….. hahaha…. Itu pun kena plan dulu nak jumpa….  Maklum la nak jumpa vip la katakan… huhuhu….. jumpa pun untuk makan dan bertanya tentang pelajaran.. lau di ingat kelakar….. !!! maaf la…. Tikah selalu xbalas msj yuzie…. Nasib baik ada sahabat memahami diri ini… bukan kedekut…. 2 idea untuk jimatkan duit…  hehehe….. faham2lah yea…
Dalam Kenangan

Ku biar kalam berbicara,
Menghuraikan maksudnya dijiwa,
Agar mudah ku mengerti segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi....

Ku biarkan pena menulis...
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala keresahan dijiwa... 
Tak pernah ku ingini... 

Moga ikatan ukhwah ini terbina hingga ke akhirnya... 


Sudah agak lama diri ini meninggal laman blog, tidak berkesempatan untuk mencoret sedikit memori antara kita… sedar tidak sedar masa begitu mencemburui kita…. Mabruk… rezeki dari Allah s.w.t, hampir 3 tahun bersama akhirnya, yuzie berjaya mencapai cita-cita tinggal diri ini yang masih lagi mencari arah.. bersangka baik dengan Allah, itulah yang utama… yakin… !!! terima kasih yuzie walaupun kita sudah lagi tidak bersama tetapi dirimu masih lagi mengingati diriku ini dan sentiasa mengambil berat tentang diriku ini… bertanya khabar, walaupun tak bersua muka… tapi kita masih berhubung di alam maya… Insyaallah… flashback kembali… kisah antara kita…. Tahun 3, kita bersama begitu banyak memori suka dan duka… hahaha… tahun 3 tahun yang di mana kita tidak lagi mendapat kolej dan tahun tiga semester pertama banyak mengajar kita erti kehidupan… berada di rumah sewa tidak sama dengan kolej.. Mulalah kita menghitung duit… dan berjimat cermat kerana tidak ingin menyusahkan mak dan ayah… rindu sewaktu masak bersama di dapur… banyak pengalaman masak memasak yang kita pernah kongsi bersama… yuzie begitu ambik berat buat diri ini, yuzie sentiasa mesej hati-hati bila balik dari kelas waktu malam, bimbang awak tu perempuan.. hehehe… macam mak-mak pulak… pernah suatu hari tikah balik lewat hampir kul jam 12 malam.. sampai yuzie sanggup nak pergi cari kat fakulti.. Allahu’akbar… begitu murninya hati seorang insan bernama sahabat, yang sentiasa memikirkan keadaan sahabatnya… “ungkapan dari Saidina Umar Al-Khattab”… Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya maka peganglah ia bersungguh-sungguh..

Kini hanya tinggal kenangan yang diriku tidak akan lupakan… sudah hampir setahun kita tidak bersama.. Insyaallah setiap nasihat dan kata-kata semangat akan ku jadikan satu momentum dalam terus bangkit mencari satu titik permulaan … hidup ini begitu penuh dengan ranjau dugaan yang mengajar kita erti sebuah kehidupan yang hakiki…. sampai disini secebis tinta buat kita berdua … tikah memohon maaf di atas segala salah dan silap selama kita bersahabat berkawan dan seangkatan dengannya.. doakan diri ini supaya sentiasa sabar dan tabah dalam meneruskan kehidupan…

susah dan senang telah kita rasai dan tempuhi bersama...
bertemu berpisah kerana Allah s.w.t.. 
Masih ada waktu bagi kita
mengikis coreng-coreng mazmumah dan mengutip kuntuman mahmudah dalam menghiasi kamar hidup ini... Insyaallah... 

Sekuntum Cinta Ilahi, Seagung Cinta yang murni.... 

Insyaallah, ada jodoh.. panjang umur kita bersua lagi….. =) 











No comments:

Post a Comment