~aku bertaubat kepada-Mu Ya Allah…
aku kembali dan menyesal kepada-Mu Ya Allah…
dan aku yakin bahawa aku akan balik berjumpa dengan-Mu Ya Allah..
Jadilah dirimu seindah mawar berduri, harum baunya kerana iman dan taqwa, mampu terlihat merah warna mu tapi bila didekati, kau hanya tecipta untuk suami mu. Indah dipagari dengan syariat-syariat Allah s.w.t . Subhanallah..!!
Meminjam untaian dari seseorang insan :
Wahai wanita solehah,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu,
Tidak akan terpaut pada wanita,
Hanya kerana kecantikan,
Senyuman, bicara manja yang mengoda,
Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya,
Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita,
Andai belum sampai juga rezekimu,
Anggaplah bahawa lelaki yang dinanti itu,
Sedang membina sahsiah peribadi kepimpinannya,
Bagi memimpin dirimu,
Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya,
Dan lelaki yang benar-benar layak pasti hadir,
Untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu.
…. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah s.w.t kecuali orang-orang kafir. (Surah Yusuf : 87)
Katakanlah : “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali-Imran : 31)
“Ya Rabbul Izzati.”.. pemilik nyawaku.. bimbinglah hatiku ini supaya terus taat dalam mencintai-Mu.. dan jadikanlah setiap hembusan nafas dan langkahku ini hanyalah untuk-Mu Ya Rabbi… ameen..
Maaf mbk.
ReplyDeleteTulisan aamiin anda salah, bukankah yang benar Aamiin.
Yang penting kita tujukan dan meminta kepadaNya..
ReplyDeletebetul..jodoh seorang perempuan yang baik pasti dengan lelaki yang baik..
ReplyDelete