Monday, 20 May 2013

Saat ajal Rasulullah s.a.w


Pada suatu pagi, Rasulullah dengan suara bergetar bersabda :
            “ Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taat dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua hal pada kalian iaitu al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, berti mencintai aku dan kelak orang yang mencintaiku akan bersama-sama masuk bersamaku.”
            Di akhir khutbah singkat itu Rasulullah menatap muka para sahabatnya seorang demi seorang. Apabila Rasulullah menatap wajah Abu Bakar, dia terasa hendak menangis sedangkan Umar bin Khattab menahan nafas dan tangisnyannya. Uthman menghela nafas panjang dan Ali menudukkan kepalanya.
            Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w telah sedia maklum saat ajal Rasulullah sudah tiba dan Baginda akan meninggalkan umatnya. Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia. Keyakinan para sahabat semakin kuat apabila semasa turun dari mimbar, Rasulullah hendak terjatuh sehingga Ali dan Fadhal terpaksa membantunya. Sahabat yang mengetahui perkara itu merasa sedih, gelisah dan tidak tahu apa yang hendak dibuat.
            Selepas menyampaikan khutbah itu Rasulullah kembali ke rumahnya. Esok harinya Rasulullah terus berbaring di rumah dan sehingga hari siang rumahnya bertutup. Rasulullah berbaring di tempat tidur dan Nampak lemah, keningnya berkeringat dan membasahi  pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Matanya tertutup seakan sedang tidur.
            Tiba-tiba di luar rumahnya, terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. ‘Assalamualaikum! Bolehkah saya masuk?’ laung suara itu. Fatimah yang berada dalam rumah itu bersama Ali membuka pintu tetapi tidak mengizinkannya masuk.
            “Maafkanlah, ayahku sedang deman,” kata Fatimah yang kemudian membalikkan badan dan menutup pintu. Dia terus kembali menemani ayahnya yang sudah membuka matanya dan bertanya kepada Fatimah,” Siapakah itu wahai anakku?”
            “Tak tahulah. Aku baru pertama kali melihatnya,” kata Fatimah. Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan seakan-akan Baginda hendak melihat wajah puterinya, “Ketahuilah, dia yang menghapuskan kenikmatan dan dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat  maut.” Apabila mendengar perkataan ayahnya itu mata Fatimah nampak merah sambil menahan tangisnya.
            Ketika malaikat maut datang menghampirinya, Rasulullah bertanya, “ Mengapa Jibril tak ikut serta?” Malaikat maut pun memanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit untuk menyambut roh kekasih Allah dan pengulu dunia itu. Jibril pun datang dan Rsulullah segera bertanya, “ JIbril,  jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
            “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Jawapan itu tidak memuaskan hati Rasulullah, sehingga Jibril bertanya kepada Baginda,” Tidakkah engkau senang mendengar khabar ini?”
            “ Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak? Soal Nabi Muhammad s.a.w.
            “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku, “  Kuharamkan syurga bagi siapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata JIbril.
            Ajal baginda semakin dekat, Izrail akan segera melakukan tugasnya. Roh Rasulullah di tarik perlahan-lahan sehinggakan seluruh tubuh Rasulullah nampak berpeluh, urat-urat lehernya tegang. “ Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini!” keluh Rasulullah. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk. Tiba-tiba Jibril memalingkan mukanya sehingga Rasulullah bertanya kepada malaikat penghantar wahyu itu, “ jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”
            “Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah menemui ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tak tertahan lagi. “ Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini. Timpakan sahaja semua seksa maut ini kepadaku bukan kepada umatku.”
            Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu dan Ali segera mendekatkan telinganya. “ Peliharalah solat dan menghormati orang-orang lemah antaramu”
            Tangis mulai terdengar dan para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinga ke bibir Rasulullah yang mulai kebiru-biruan. Dalam nazaknya itu baginda berulang-ulang mengatakan, “ Umatku, umatku, umatku,” dan kemudian menghembuskan nafas terakhirya.
            Begitulah, saat-saat terakhir Rasulullah meninggalkan dunia yang fana ini. Sehingga bertarung nyawa dan maut ini baginda masih memikirkan umatnya dan bukan harta atau anak-anaknya.

No comments:

Post a Comment